berita

Ini Antara Kesalahan Yang Korang Selalu Buat Masa Beli Foundation. Take Note, Girls!

November 20th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Salah pilih shade foundation adalah satu igauan negeri bagi setiap wanita kat luar sana. Betul tak, girls? Yelah, bila beli macam sesuai dah shade tu.  Sekali bila pakai..alamak, muka jadi kelabu! Takpun, muka putih tapi leher dan tangan warna lain.

Jadi, kali ni kami akan kongsikan beberapa kesalahan  yang korang selalu lakukan bila beli foundation supaya lepas ni korang tak buat kesilapan sama dan make-up korang pun akan jadi lebih flawless gitu. Yeay!

Calit shade foundation kat tangan

Kredit: popbella.com

Haa..yang ni memang biasa sangat orang buat. Ambik tester lepas tu calit kat tangan. Korang tahu tak, cara ni tak tepat dan akan buatkan korang pilih shade yang salah sebab warna kulit tangan dengan muka adalah tak sama.

Nanti tak pasal-pasal terang sangat ataupun terlalu gelap. Sebaik-baiknya, korang test dulu kat bahagian jawline ataupun dagu untuk tahu shade foundation yang tepat dengan korang.

Tak tahu masalah dan jenis kulit

Haa..yang ni pun selalu sangat terjadi. Main beli je foundation ikut brand popular yang ramai orang pakai. Contohnya, bila korang nampak finishing foundation tu dewy, korang pun gigihlah beli, padahal kulit muka korang jenis yang berminyak. Tak sesuai!

Sebab tulah penting untuk korang tahu jenis dan condition kulit korang dahulu untuk memastikan make-up korang kelihatan sempurna. Tapi biasanya, kat label foundation tu akan tulis jenis kulit yang bersesuaian dengannya. Kena rajin baca!

Main teka je shade melalui botol. A big NO!

Nak pilih shade foundation ni bukan macam nak pilih mee segera perisa ayam ataupun kari tau! Ni tak, main pilih je ikut warna shade yang ada kat label botol tu. Mana boleh macam tu!

Korang tahu tak, setiap kulit mempunyai undertone yang berbeza-beza tau. Ada yang kuning langsat, ada yang cerah, ada yang neutral dan macam-macam lagilah. Oleh itu, shades ni pun ada pelbagai lah! Jadi, kenalah teliti betul-betul dan janganlah anggap warna foundation di botol tu sama sebijik dengan warna kulit korang.

Tak faham tekstur foundation

Selain shades, tekstur foundation pun memainkan peranan besar dalam pemilihan foundation yang tepat. Antara tekstur foundation adalah padat, cecair, gel, cream dan powder yang mempunyai fungsi tersendiri untuk memastikan make-up korang perfect!

Contohnya, tekstur foundation jenis cream sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kebiasaannya digunakan untuk menutup tanda-tanda hitam pada wajah. Tekstur padat dan powder pula sesuai buat korang yang berkulit berminyak, manakala bagi korang yang mempunyai kulit kering disarankan untuk memilih foundation bertekstur cecair dan gel.

Masih keliru? Tak perlu risau sebab Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation ada 25 jenis shades tau!

Rasanya semua wanita yang rajin make-up akan tahu betapa susahnya nak cari shades foundation yang sesuai dengan kulit. Kebanyakan produk di pasaran selalunya keluarkan foundation dengan shades yang terhad, dah satu hal pulak kita nak kena campur 2 shades yang berbeza untuk dapatkan hasil yang kita inginkan.

Tapi, sekarang korang dah tak payah runsing lagi sebab Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation datang dengan 25 jenis shades yang berbeza! Wow banyaknya, dalam banyak-banyak ni confirm ada shades korang! Yang bestnya, tekstur Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation ni adalah jenis cecair, jadi ia mudah untuk meresap pada kulit dan lebih senang untuk diratakan pada wajah.

Selain itu, Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation ni juga ringan dan selesa pada wajah serta dapat menyembunyikan cela dengan hanya sapuan nipis sahaja. Jadi, korang tak payahlah apply banyak-banyak. Teksturnya yang ringan pulak akan buatkan korang selesa sepanjang hari. Rasa macam tak pakai foundation pulak!

Oh ya, yang paling penting, Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kisahlah sama ada kulit jenis berminyak atau kulit normal, korang pasti akan puas hati dengan hasilnya!

fitme_yarona_400x400

Jadi, apa tunggu lagi? Jom sama-sama flawless dengan Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation hari ini juga! Korang boleh dapatkannya di Shopee dan untuk maklumat lanjut, layari maybelline.com.my

SKIP THIS AD ×