berita

Ini Antara Perkara Menarik Yang Biasa Terjadi Di Bazaar Ramadan. Korang Boleh Relate?

May 24th, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Selain berpuasa dan terawih, bazar Ramadan adalah perkara yang paling kita tunggu-tunggu bila tibanya bulan puasa. Murtabak kambing, ayam golek, roti john cheese, nasi beriyani gam, hmmm..banyak lagi lah. Eh..terliur pulak tengah-tengah puasa ni.

Masa ni jugak lah korang akan saksikan pelbagai situasi menarik yang selalu kita lihat bila kat bazar Ramadan. Entah-entah, korang pun pernah buat jugak!

Macam-macam jenis makanan viral akan muncul..

Bila bulan Ramadan ni, mulalah macam-macam makanan viral yang akan keluar. Kambing golek terbang lah, murtabak cheese leleh lah, ayam penyet pedas berapi lah, itik panggang lah dan macam-macam lagilah.

Bazar-bazar Ramadan famous macam Bazar TTDI, Bazar Shah Alam, Bazar Kampung Baru memang confirm sesak! Siap orang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli makanan kat sana. Gigih betul korang ye!

Sesi jejak kasih dengan kawan lama

Bazar Ramadan juga sinonim dengan tempat reunion kawan-kawan lama. Haa..nanti mulalah buat jejak kasih dan bersembang tak ingat dunia sampai block jalan! Masa tulah nak buat sesi interview anak berapa, kerja kat mana, lepas tu nak throwback pulak kisah-kisah lama. Adoiii..

Yang tak tahan tu, siap selfie berdas-das. Amboi kak oi..kenapa tak bawak tikar dengan sofa je sekali. Best sikit bersembang!

“Ambil la lebih dik, abang sedekah..”

Kredit: sayangsabah.com

Pernah tak korang macam teringin nak makan sesuatu, lepas tu bila nak beli tu duit korang cukup-cukup je. Boleh beli satu je. Sobss..sedihnya..

Tiba-tiba, abang yang jual makanan tu, bagi lebih pulak kat korang. “Ambillah dik, abang sedekah”, katanya. Awhh..terharunya..Murahlah rezeki abang tu.

Alamak, terlupa nak bawak duit!

Haa..yang ni paling haru. Yelah, korang punyalah dah beratur dekat sejam demi nak beli murtabak paling popular kat bazar tu, tiba-tiba bila nak bayar, seluk poket, bukak beg duit,  kosong! Rupanya korang lupa nak cucuk duit sebelum pergi bazar.

Rasa nak menangis beb. Lepas tu korang tiba-tiba teringat, eh, korang ada aplikasi Boost lah! Hanya scan dan bayar. Fuh..nasib baik!

Kalau takde duit kecil ataupun lupa bawak duit masa pergi bazar Ramadan pun takde masalah sebab dengan aplikasi Boost, korang boleh berbelanja tanpa tunai di lebih 30 lokasi bazar Ramadan terpilih!

Antara lokasi bazar yang terpilih tu ialah, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kampung Baru, Kampung Pandan, Taman Melawati, USJ4 Subang Jaya dan banyak lagi lah! Kalau korang nak tahu, klik sini.

Selepas berbelanja guna Boost, siap dapat cashback lagi!

Boost ni bukan je aplikasi mudah alih tanpa tunai yang mudah dan selamat, tapi siap boleh dapat instant cash cashback setiap kali korang berbelanja.

Haa..Boost juga sedang mengadakan promosi tambahan di bazar-bazar Ramadan yang terpilih, di mana korang layak untuk mendapat sebanyak RM3 cashback sehari ataupun RM15 cashback sempena bulan Ramadan ini. Promosi ni hanya untuk masa terhad sahaja tau!

Do Good dengan Do Good Tabung!

Sambil berbelanja tu, korang janganlah lupakan orang yang memerlukan. Bersedekah tu kan amalan mulia. Bersempena bulan Ramadan ni juga, korang boleh menderma menggunakan aplikasi Boost. Nak tahu macam mana?

Dengan setiap ganjaran yang korang dapat selepas “shake rewards”, korang jugak boleh pilih untuk simpan atau menyumbang ganjaran dari ”shake rewards” ke tabung amal yang disediakan.

Yang lebih menarik, aplikasi Boost juga akan menyumbang RM1 kepada Do Good Tabung bagi setiap RM10 yang korang belanjakan dengan salah satu cara di bawah:

  • Menderma melalui aplikasi Boost
  • Scan dan bayar di Bazar Ramadan menggunakan aplikasi Boost
  • Menderma di masjid atau badan-badan kebajikan yang terpilih

Nak tahu badan-badan kebajikan yang terpilih? Klik je sini. 

Siapa kata bazar Ramadan ni hanya tempat untuk berbelanja je, sambil beli makan, korang pun boleh menderma dan bantu mereka yang memerlukan. Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak ganjaran yang kita akan dapat.

Mudah kan nak buat benda baik. Sambil berbelanja, dapat beramal. Jom muat turun aplikasi Boost sekarang di Google Play dan App Store. Untuk maklumat lanjut, layari www.boost.com.my ataupun Facebook Boost. 

Selamat Berpuasa!