berita

Ini Antara Perkara Yang Ibu Bapa Selalu Buat Bila Dapat Anak Pertama. Korang Pun Macam Ni?

October 9th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Korang yang dah bergelar ibu bapa ni mesti boleh ingat lagi betapa teruja dan gembiranya bila menimang cahaya mata pertama. Kalau boleh, semua keperluan anak tu mestilah sempurna dan lengkap.

Seawal anak tu berusia sehari, dah mula dah rancang masa depan anak. Rumah mestilah dalam keadaan selamat dan selesa, nak hantar anak ke sekolah yang terbaik, tutor untuk kelas tambahan, dan macam-macam lagilah.

Pendek kata, korang ni macam hero lah buat anak korang. Kali ni kami kongsikan antara perkara-perkara yang ibu bapa selalu lakukan bila dapat anak pertama. Korang mesti boleh relate kan?

Sediakan insurans sejak dalam perut lagi!

Ramai ibu bapa di Malaysia ni dah mula sedar tentang kepentingan insurans hayat dan mula sediakan insurans sejak anak mereka dalam perut lagi! Siap ambil insurans yang premium.

Yelah, kenalah sediakan payung sebelum hujan. Mana tahu kalau anak yang bakal lahir tu ada sebarang komplikasi, sekurang-kurangnya kita dah tak perlu risau tentang kos perubatan. Betul tak?

Makanan organik dan premium buat anak..

Genius Baby Food Hacks Every 'Lazy' Mom Needs to Know | CafeMom.com

Anak pertama ni, excited dia lain macam sikit. Kalau boleh, semuanya nak yang terbaik dan tip-top! Dari segi makanan pula, kenalah berkhasiat dan korang masak sendiri from scratch.

 Ada yang dah mula sediakan dan rancang meal plan anak sejak dari anak tu 4 hingga 5 bulan. Kalau boleh, tiap-tiap hari menu yang berlainan dan semuanya haruslah dari bahan organik dan premium.

Nak hantar playschool atau sekolah yang terbaik!

Kredit: Pa&Ma

Belum masuk sekolah lagi, tapi siap dah plan dan buat research untuk hantar anak ke sekolah yang sesuai dengan citarasa korang. Tak kisahlah berhabis banyak pun, asalkan anak-anak dapat pendidikan yang terbaik.

Ada tu, anak tak sampai dua tahun lagi, dah hantar pergi playschool. Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya minda anak tu berkembang dan jadi lebih pandai bergaul.

Kelas muzik? Ballet? Kelas bahasa?

A Girl Holding Brown Ukulele

Tak cukup dengan sekolah harian, skill lain pun kalau boleh anak-anak kena kuasai. Siap tetapkan, bila dah sekolah nanti, kena masuk kelas muzik dan tarian.

Hujung minggu pula, pergi ke kelas bahasa. Selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, anak tu kenalah kuasai bahasa asing yang lain. Barulah mudah nak berkomunikasi dengan orang lain nanti.

Tapi, semua ni memerlukan perbelanjaan yang besar tau..Jangan risau, jom mula menabung dengan Bulan Menabung SSPN!

Sebagai ibu bapa, merancang untuk masa depan anak-anak dari awal adalah sangat penting agar masa depan anak-anak tersayang terjamin. Tapi, bukan mudah untuk merealisasikan semua ini tanpa simpanan yang kukuh.

Haa..jangan bimbang, bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2020 ini, PTPTN memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjadi superhero anak-anak korang dengan Bulan Menabung SSPN!

Kalau korang nak tahu, Program Minggu Menabung SSPN telah diadakan secara tahunan semenjak tahun 2018 dan pada tahun ini, ia akan berlangsung secara dalam talian selaras dengan peraturan norma baharu semasa pandemik Covid-19.

Bertemakan SUPERHERO, Bulan Menabung SSPN merupakan satu inisiatif PTPTN dalam mendidik rakyat Malaysia untuk mengutamakan simpanan demi masa depan dan pendidikan anak-anak serta menyemai minat menabung kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

Nak tahu antara keistimewaan SSPN?

  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan dan skim patuh syariah
  • Kadar dividen yang diberikan adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain
  • Skim ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun
  • Melalui SSPN-i, perlindungan takaful secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,000
  • Bagi pendeposit SSPN-i Plus, dengan simpanan serendah RM30 sebulan, boleh mendapat perlindungan takaful sehingga RM40,000, selain khairat kematian dan manfaat bagi 36 penyakit kritikal serta elaun harian hospital
  • Pendeposit SSPN-i Plus turut berpeluang untuk memenangi hadiah utama tahunan Cabutan WOW! 2020 iaitu sebuah kereta Mercedes Benz C200 dan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta

Yang lagi best terdapat pelbagai aktiviti dan hadiah menarik sepanjang Bulan Menabung SSPN yang korang dan anak-anak sertai seperti:

– Kuiz Kahoot!
– Happy Hour
– Tabung DIY
– Siri P&T Si Tabung
– SSPN Got Talent
– Teka Dalam Tabung
– Kongsi Gambar Tabung
– Bento SSPN Chef Junior
– WOW! SSPN Challenge
– Sembang Santai Online
– Baby Merangkak Race SSPN x Pa & Ma
– Pertandingan Mewarna Kuasa Menabung

Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.lovesspn.com atau layari laman Facebook rasmi PTPTN.

SKIP THIS AD ×