berita

Ini Antara Signature Ikonik & Identiti McDonald’s Yang Buat Ramai Terkenangkan Nostalgia Lama!

December 7th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

sumber: Malaysian Flavours

Setiap rakyat Malaysia sudah pasti mengenali nama ‘McDonald’s’ dan menu-menu yang unik dan juga sedap untuk dinikmati pada setiap masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Tapi korang tahu tak McDonald’s dah beroperasi lebih 40 tahun bermula dengan restoran pertama di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 29 April 1982.

Yang paling impressive adalah terdapat sekitar 335 buah restoran McDonald’s di seluruh negara kita dengan lebih 20,000 kakitangan yang bersedia untuk memberi korang pengalaman terbaik di McDonald’s dengan menu lazim yang sudah pasti membuatkan korang mengimbau semula zaman kanak-kanak yang bebas daripada gajet.

Dulu, kanak-kanak banyak meluangkan masa bermain bersama rakan dengan pelbagai mainan yang dicipta ataupun di playground. Bila kenang semula, pasti menggamit memori lama, lagi-lagi bila kita dapat main playground McDonald’s ataupun dapat mainan dari Happy Meal.

Tapi korang semua masih ingat tak signature ikonik McDonald’s? Jom tengok list admin senaraikan yang boleh buat korang terkenang semula memori lama!

Prosperity Burger yang hanya muncul satu kali setahun!

Psst… korang masih ingat tak Prosperity Burger yang hanya dikeluarkan dalam tempoh masa yang terhad. Hadir dalam dua variasi iaitu ayam atau daging disaluti dengan sos signature iaitu black pepper sauce serta bawang holand segar..perghh..menggamit nostalgia pada setiap gigitan.

Bukan itu sahaja tau, korang boleh lengkapkan set Prosperity Burger dengan McDonald’s Twister Fries dan Prosperity McFizz. Prosperity Burger sentiasa dekat di hati kita dan menjadi kegemaran ramai sejak dikeluarkan pada tahun 1994.

Admin memang sanggup beratur panjang untuk dapatkan Prosperity Burger ni. Maklumlah, boleh jumpa pada waktu terhad je.

Taman Permainan di Restoran McDonald’s

Siapa je tak pernah pergi ke McDonald’s untuk bermain di taman permainan yang ikonik tu.

Dulu ketika admin masih kecil, admin memang suka main bersama kawan-kawan sambil ibu bapa menunggu kita dengan menu McDonald’s kegemaran.

Korang masih ingat bila dapat invitation ke sambutan hari jadi di McDonald’s kawan korang? Itu paling seronok! Dari pagi sampai ke petang admin main!

 

Restoran McDonald’s Dihiasi dengan logo ikonik ‘Golden Arches’!

Bila korang lalu je di kawasan restoran McDonald’s apa perkara pertama yang korang semua akan perasan? Warna bangunan restoran? Menu atau promo dipaparkan? Ataupun logo ‘golden arches’? Kalau tanya admin, admin akan perasan logo golden arches dulu kerana warna kuning keemasan tu menandakan kita berada di McDonald’s.

Bila kita sebut je ini semua, sudah pasti korang turut merasakan nostalgia kerana McDonald’s memang dekat di hati setiap rakyat Malaysia. Dan setiap rakyat Malaysia pasti ada menu kegemaran apabila makan di McDonald. Tapi, ada satu menu khas yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat McDonald’s.

Admin ada berita baik untuk korang semua, kepada peminat McDonald’s ada satu menu yang bakal kembali menemui korang semua! Apa menu itu? Jom kita tengok!

Prosperity Burger buat comeback!

Akhirnya burger ikonik di negara kita kembali semula dan hadir dalam dua variasi patty ayam atau daging dan disaluti dengan signature black pepper sauce serta dihiasi dengan potongan segar bawang putih. Memang bakal menyengat deria rasa korang semua!

Terasa pedas? Sejukkan lidah korang dengan Prosperity McFizz dan lengkapkan set menu Prosperity dengan McDonald’s Twister Fries yang lebih rangup. Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah daripada McDonald’s tau!

Mudah sahaja, pastikan korang ada aplikasi McD di smartphone korang dan ikut langkah ini!:

  1. Promo ini bermula 1 Disember sehingga 4 Januari 2023
  2. Penebusan melalui MYMcD di aplikasi McD
  3. 2000 points boleh ditebus melalui pembelian Prosperity Ayam atau Daging secara ala carte
  4. Tertakluk terma dan syarat

Korang dah sedia nak lakukan pesanan? Korang boleh tekan link ini untuk lakukan pesanan segera untuk menikmati Prosperity Burger sekarang!

SKIP THIS AD ×