berita

Ini Antara Yang Menarik Sewaktu Trip Kami Ke Langkawi. Sampai Sekarang Tak Boleh Move On!

January 23rd, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Travelogue

perempuan melayu naik ceclo pedal boat

“Next trip nak pergi Pulau Langkawi la!”

Tak dinafikan, Pulau Langkawi memang lokasi yang recommended  untuk pergi bercuti. Dengan pantai dan laut yang cantik, tak boleh tolak langsung. Bila dah pergi tu, rasa macam tak nak balik je.

Baru-baru ini, team OhBulan! dijemput untuk meluangkan masa selama tiga hari dua malam di Berjaya Langkawi Resort. Tak keluar dari resort pun tapi ada banyak aktiviti yang kami boleh buat kat situ. Jom tengok apa je yang best kat situ.

Bermalam di Rainforest Chalet, macam tidur dalam hutan wei!

chalet di Berjaya Langkawi Resort

Kami menginap di Rainforest Chalet, salah satu chalet dengan harga terendah di Berjaya Langkawi Resort. Terasa dekat dengan flora dan fauna. Bila waktu malam, korang boleh dengar dengan jelas bunyi cengkerik. Tenang je rasa.

Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort terkenal sebagai resort yang dikeliling elemen alam semulajadi iaitu pantai, hutan hujan tropika, paya bakau, flora dan fauna. Korang yang nature lover mesti suka kalau menginap kat sini. Fuh!

perempuan melayu OOTD

Kalau dari chalet nak ke lobi, boleh call shuttle service tapi kami galakkan korang jalan kaki je. Tak rasa jauh pun. Sebab pemandangan yang dikelilingi hutan ni cantik sangat. Sampai terlupa jarak perjalanan. Nak OOTD pun cantik!

chalet atas air di Berjaya Langkawi Resort

Oh ya. Bukan Rainforest Chalet je yang ada kat sini. Berjaya Langkawi Resort juga ada Chalet On Water. Chalet atas air dengan pemandangan laut yang indah. Sesuai sangat untuk pasangan yang nak honeymoon. Serius romantik!

Berjemur di private beach, enjoy pantai dengan laut yang bersih

perempuan melayu kat pantai

Siapa kat sini suka mandi pantai angkat tangan! Haa.. Kalau nak tahu, Berjaya Langkawi Resort ada private beach diorang sendiri. Cuba tengok, cantik kan pantai dia?

boat house bay di Berjaya Langkawi Resort

Bukan je cantik, pantai dan lautnya pun bersih. Memang superb! Dah puas main pantai, kami berpeluang cuba satu aktiviti air yang menjadi tarikan pengunjung di Berjaya Langkawi Resort. Nak tahu apa dia?

Seronok kayuh Ceclo Pedal Boat sampai tak perasan nak ke tengah laut

perempuan melayu naik ceclo pedal boat

Pengalaman paling mendebarkan tapi seronok. Kayuh Ceclo Pedal Boat di Berjaya Langkawi Resort. Apa lagi, dah naik Ceclo Pedal Boat, snap gambar pemandangan puas-puas la.

Jangan gelabah kalau bot tak bergerak. Kayuh tu kena relaks je. Kami kayuh syok sendiri sampai tak perasan dah nak ke tengah laut. Maklumlah, view cantik sangat!

Pemandangan atas ceclo pedal boat

Dah habis mengayuh, kami dibawa untuk menikmati makan malam yang romantik kat Berjaya Langkawi Resort. Jangan tak tahu, diorang ada restoran atas air tau. Serious tak tipu!

Dinner di Pahn Thai Restaurant, restoran atas air yang romantik!

Pahn Thai Restaurant di Berjaya Langkawi Resort

Bila dengar Berjaya Langkawi Resort ni satu-satunya resort di Langkawi yang ada restoran atas air, kami pun terjah. Pahn Thai Restaurant ada banyak pilihan makanan Thai. Harga pun berpatutan.

makanan di Pahn Thai Restaurant

Banyak jugak makanan yang kami cuba kat restoran ni. Serious sedap. Kalau nak tahu, Pahn Thai Restaurant ni antara restoran paling romantik di Langkawi. Restoran atas air kot, kalau malam-malam mesti la romantik kan?

Nak chillex korang boleh singgah Taaras Spa dulu

Taaras Spa di Berjaya Langkawi Resort

Waktu macam ni memang masa terbaik untuk pergi spa. So, kami singgah Taaras Spa di Berjaya Langkawi Resort. Meh kami tunjuk kat korang macam mana rupa spa ni.

Suasana di Taaras Spa

Apa yang menarik perhatian kami adalah Taaras Spa ni dikelililingi hutan hujan tropika. Kalau tengah stres pergi spa boleh lupa terus kot. Suasana kat sini tenang sangat. Korang pun mesti teringin nak rasa spa dalam hutan kan?

Macam-macam treatment yang ada kat Taaras Spa. Ada facial, scrub, nak mengurut pun boleh. Bilik sauna pun ada. Bukan tu je, korang jugak boleh mandi kat kolam yang penuh dengan herba. Syoknya…

perempuan ambil gambar kapal

Okay, dah habis luangkan masa kat spa, kami nak naik bot pulak. Cuba teka kami nak pergi mana? Korang mesti surprise nanti..

Berlayar dengan Langkawi Lady Yacht, feeling Titanic gitu!

Langkawi Lady Yacht

Fuh, ni paling best. Kami dapat peluang untuk berlayar dengan Langkawi Lady Yacht. Kapal layar mewah ni kepunyaan Berjaya Langkawi Resort. Dari luar pun dah nampak syok kalau dalam apatah lagi. Wee..

Nisa Kay atas Langkawi Lady Yacht

Pemandangan atas Langkawi Lady Yacht

Langkawi Lady Yacht bersaiz 48 meter ini boleh muat untuk 30 orang dengan 13 kru kapal. Dah berlayar atas kapal ni, kami tak ketinggalan untuk ambil gambar puas-puas. Bila lagi nak feeling macam filem Titanic kan?

Pemandangan dengan Langkawi Lady Yacht

Kalau nak tengok pemandangan laut, boleh pergi ke deck. Dalam kabin Langkawi Lady Yacht jugak ada penghawa dingin. Tak perlu risau panas. Bilik tidur dan bilik mandi pun ada. Nak rehat? No problem. Selesa sangat!

Sekumpulan makan malam atas Langkawi Lady Yacht

Kami makan malam sambil berlayar dengan Langkawi Lady Yacht. Seronok! Makanan yang disediakan daripada Berjaya Langkawi Resort tak mengecewakan. Mesti best kalau kumpul satu family kat atas kapal ni kan?

Begitu la pengalaman kami sepanjang berada di Berjaya Langkawi Resort. Tapi part naik Langkawi Lady Yacht tu sampai sekarang tak boleh move on. Kalau ada rezeki lebih, korang pergi la dengan family  ya.

Atas Langkawi Lady Yacht

Nak info lebih lanjut tentang Berjaya Langkawi Resort? Korang klik la kat sini ya.

Plan dengan family atau travel buddies untuk next trip ke sini. Memang recommended  untuk trip beramai-ramai. Baru seronok dan happening. Tak gitu?