berita

Ini Bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia Tangani Cabaran Covid-19. Profesional Habis!

August 20th, 2020 | by Azyan
Pendidikan

Pandemik yang melanda Malaysia baru-baru memberikan impak kepada bukan satu mahupun dua, tetapi kepada semua sektor yang ada di dunia. Sektor pendidikan merupakan salah satu sektor yang terjejas.

Tidak terlintas dan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah, di mana semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan Covid-19.

Apabila kejadian ini berlaku, negara bergantung kepada kekuatan kerajaan pentadbiran. Bagaimana mereka menanganinya menentukan hala tuju sesebuah negara itu dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan! Jom kita tengok apa antara cabaran dan cara KPM menangani masalah ini.

Sesetengah sekolah masih dibuka walaupun di zon merah – Macam mana KPM tentukan?

Banyak komen-komen di media sosial berteka-teki bagaimana KPM tentukan sama ada sekolah tu patut tutup atau tak. Haa.. kalau korang nak tahu, pihak KPM sentiasa berkerja rapat dengan KKM untuk mendapatkan lebih persetujuan bagi hal-hal yang berkaitan dengan Covid-19.

Apabila keputusan untuk membuka kembali sesi persekolahan, pihak KPM telah pun bersiap sedia dengan garis panduan sekiranya kes meningkat secara mendadak dalam waktu singkat.

Selain KKM, KPM juga sentiasa mendapatkan maklum balas dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kesemua jawatankuasa pengurusan bencana negeri. Perkara yang wajib korang tahu ialah, corak dan cara penyebaran kes yang terjadi adalah berbeza-beza. Oleh itu, kaedah yang digunakan untuk menangani kes-kes tersebut juga berbeza.

Sebab tu lah kadang-kadang korang tengok walaupun dah red zone, sekolah di tempat tersebut tidak ditutup kerana keadaan masih lagi terkawal.

YB Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan buat lawatan mengejut di 64 buah sekolah!

Untuk melihat sendiri keberkesanan dan bagaimana satu-satu sekolah melaksanakan SOP Covid-19 di sekolah, YB Dr. Radzi Jidin sendiri turun padang secara mengejut untuk melihat bagaimana ia dilaksanakan. Beliau pergi tanpa memaklumkan sesiapa pun, guru besar dari sekolah-sekolah tersebut juga tak diberitahu. Satu hari boleh sehingga 9 buah sekolah dilawati dan ianya ternyata berkesan!

Hasil pemerhatian beliau mendapati sekolah-sekolah tersebut mengikuti SOP yang diberikan. Good job guru Malaysia!

Momentum pelajar-pelajar agak menurun, namun..

Cabaran yang paling besar ialah apabila pihak KPM mendapati bahawa hasil penguasaan setiap pelajar itu berbeza-beza apabila mereka belajar di rumah. Ini kerana terdapat pelajar yang tidak mendapat akses penuh internet malahan ada yang tidak mempunyai peranti yang sesuai.

Berada dalam situasi pandemik, pilihan solusi yang ada sangat-sangat terhad! KPM menyelesaikan masalah ini dengan bantuan guru-guru di Malaysia, di mana terdapat guru-guru yang menghantar kerja rumah tersebut ke rumah pelajar-pelajar walau di mana mereka berada.

Ada yang jelajah sehingga 13 kampung hanya untuk membantu muridnya supaya tidak ketinggalan. Memang salute habis!

Kenapa hari Rabu dipilih untuk memulakan persekolahan?

Admin tau ramai yang pelik kenapa hari Rabu? Kenapa tak tunggu hari Isnin nanti? Admin pun tertanya-tanya tapi betullah mereka kata, biarkan mereka yang profesional buat kerja sebab jawapan yang admin dapat memang tak dijangka langsung!

Hari Rabu dipilih sejurus mendapat green light dari pihak KKM kerana ia terletak di pertengahan minggu. Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti kes memuncak secara tiba-tiba atau SOP yang digunakan tidak sesuai dan sebagainya, sekolah dapat ditutup secara naturally iaitu pada hari minggu.

Jadi, takkan ada sebarang gangguan untuk sesi persekolahan tersebut!

Segala cabaran diatasi dengan cepat dan selamat!

Ini antara cabaran pihak KPM alami sepanjang pandemik berlangsung dan cara-cara yang dilakukan untuk menangani sememangnya wajar diberikan pujian dan yang paling penting berikan sokongan.

Pandemik ini bukanlah sesuatu yang dijangka dan seluruh dunia masih lagi bertungkus lumus memikirkan cara untuk melawan virus ini. Namun begitu, terima kasih kepada KPM yang telah berjaya menangani dan menyediakan garis panduan yang selamat untuk digunakan dalam masa yang singkat!

Sehingga kini KPM masih lagi tanpa henti memberikan yang terbaik dan sentiasa mengkaji sekiranya terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untuk sistem pendidikan di Malaysia.

Terima kasih warga pendidik!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×