- The Taaras Beach & Spa Resort – RM3,799 sebilik untuk 2 malam
Kredit : Conde Nast Traveler
Kami yakin mesti ada antara korang yang sedang merancang untuk menghabiskan cuti tahunan. Eloklah korang bercuti dan rehatkan minda sebelum menginjak ke tahun baru nanti. Yang penting, jaga SOP sepanjang percutian korang okay.
Bagi korang yang nak bercuti dan berjalan dalam negara, kami ada berita baik untuk korang!
Bermula Disember 2020, MHholidays yang juga cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines melancarkan produk terbarunya Trip and Tours bagi memenuhi keperluan perjalanan korang. Bukan saja pakej penerbangan dan hotel, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan aktiviti, tarikan dan pengalaman.
Selain itu, MHholidays memberikan penjimatan besar dan kemudahan tambahan merancang perjalanan korang. Tak kisahlah korang nak plan percutian akhir tahun atau tahun baru, MHholidays ada untuk korang! Ciri barunya yang fleksibel akan memudahkan korang untuk memperibadikan percutian.
Ada lebih 40,000 pilihan pengalaman perjalanan terbaik di seluruh dunia. Ini termasuk perjalanan, konsert, tarikan, muzium, dan lawatan di 1,000 bandar antarabangsa dan domestik di dalam dan di luar rangkaian syarikat penerbangan.
Pelancaran ini juga menyokong inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau yang diumumkan oleh kerajaan untuk menghidupkan semula sektor pelancongan domestik. Ada lebih 100 aktiviti dan tarikan baru yang ditawarkan di 12 bandar domestik yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines.
Kredit : Seeman Watersports
Antara lokasi yang ditawarkan MHholidays ialah Taman Laut Malaysia Barat di Pulau Payar, lawatan sehari ke Taman Kinabalu dan korang juga boleh mandi sulfur panas di Poring Hot Spring di Sabah.
Kredit : Adventoro
Selain itu, korang boleh menghabiskan sepanjang hari melihat hidupan liar tempatan dan hutan hujan yang indah di Taman Negara Bako di Kuching, Sarawak.
Kredit : Sunway Lagoon
MHholidays turut menawarkan pelbagai tiket taman tema seperti Sunway Lagoon, Taman Air Desaru Coast, Aquaria KLCC, Menara KL dan banyak lagi dengan pemindahan hotel pergi dan balik.
Korang juga boleh nikmati potongan harga hingga 25% untuk pakej bundle termasuk penerbangan, hotel dan aktiviti bila korang dapatkan pakej percutian dengan MHholidays.
Kalau korang tengah mencari tempat penginapan untuk percutian, apa kata korang usha di MHholidays sebab mereka ada tawaran hotel terbaik.
Bagi menyokong inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau, Malaysia Airlines menawarkan program insentif khas untuk rakyat Malaysia bagi mempromosikan perjalanan domestik di bawah kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Korang akan menikmati insentif pakej rangsangan dalam bentuk tiket penerbangan bersubsidi untuk semua perjalanan domestik melalui Malaysia Airlines untuk perjalanan bermula dari 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021. Tapi, insentif ini tak terpakai untuk tempahan di MHholidays tau.
Ia tersedia secara eksklusif untuk semua tempahan yang dibuat melalui laman web Malaysia Airlines je. Di bawah program ini, korang boleh dapat potongan harga sehingga RM200 untuk kelas ekonomi Malaysia Airlines dan tambang biasa kelas perniagaan ke semua destinasi tempatan.
Korang hanya perlu mendaftar sebagai ahli Enrich untuk meneruskan tempahan. Sebagai hadiah, korang juga akan menerima 500 Bonus Enrich Miles yang akan dikreditkan setelah penerbangan selesai. Bestnya!!
Apa korang tunggu lagi tu? Layari MHholidays dan rancang percutian korang sekarang! Pastikan korang tak terlepas tawaran ini dan banyak lagi promosi eksklusif yang mereka ada, muat turun je aplikasi Malaysia Airlines hari ini!
Selamat bercuti-cuti Malaysia guys!