berita

Ini Barisan Penuh OOTW 2.0 Kalini! Tak Sabarnya, Ada Banyak Aktiviti Pulak Tu!

January 9th, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Festival Air dan Muzik Terbesar Malaysia, Out of The World Music Festival (OOTW) baru-baru ini telah mengumumkan acara air dan festival mereka yang dijadualkan pada 19 hingga 21 Januari 2024 di Pangkalan KL, Sungei Besi.

Mesti dari haritu korang tertanya-tanya full line-up yang ada kan? Ha…kalini dah terjawab guys. Siap ada banyak aktiviti menarik pulak tu, jom check-it-out!

Menampilkan barisan DJ & Live MainStage oleh semua wanita!

Untuk hari pertama dan buat pertama kalinya OOTW 2.0 menampilkan barisan DJ dan Live MainStage di pentas utama dengan aksi antarabangsa, serantau dan tempatan oleh semua wanita yang diketuai oleh NERVO dan disokong oleh Cyndi serta salah satu eksport hip hop terbaik Indonesia, Ramengvrl.

Selain itu, ada juga aksi sokongan yang menakjubkan termasuk Cherry Bomb, V-Gene dan persembahan live oleh Jeryl Lee. 

Pehhh! Memang girl power lah ni kan!

Korang juga akan saksikan kemunculan kembali DJ Steve Aoki, Weird Genius dan ramai lagi penyanyi!

Pada hari kedua pula, korang akan excited gila sebab kembalinya DJ yang paling hangat diperkatakan iaitu Steve Aoki yang kini berada di kedudukan #8 DJ di dunia. Wow! 

Malam tu juga akan ada set DJ daripada Weird Genius dimana mereka adalah pemenang anugerah Indonesia dan DJ Blink yang merupakan superstar di Malaysia sendiri. 

Bukan tu saja tau korang, untuk memeriahkan lagi malam itu, Perry Kuan dan Bad MOB juga ada dan diikuti dengan persembahan daripada SonaOne serta penyanyi hip hop Singapura, Alyph juga bakal ditunggu-tunggu oleh semua orang! 

Ada kejutan dan aksi secara langsung di pentas utama nanti!

Kalau korang tak puas lagi, ha OOTW 2.0 tampilkan James Hype yang merupakan DJ yang mempunyai bakat lakonan yang luar biasa serta ada kemahiran teknikal dengan aksi kejutan di pentas utama nanti! 

Mereka juga akan menutup festival itu nanti dengan DJ Inquisitive hebat dari Singapura yang akan membawakan elemen kejutan secara langsung ke persembahannya.

Selain itu, beberapa wira tempatan terbaik Malaysia termasuk Rachel B, Nahsyk, Curzon dan Chuckies dan Whackboi kegemaran ramai meraikan 10 tahun mereka sebagai duo tarian kegemaran Malaysia. Serious gempak lah korang!

Lebih 50 bakat bakal menghiburkan korang semua selama festival ini berlansung!

Bukan sahaja di main stage, malah di splash stage juga ada pentas yang dihoskan oleh sebuah kelab, krew terkenal dari Pitt Club KL yang membawakan tenaga dan gaya mereka untuk pengunjung taman air disitu nanti! 

“Menggabungkan festival penuh ini, menampilkan beberapa aksi kegemaran kami di dunia telah menjadi impian menjadi kenyataan dan kami tidak sabar untuk melihat semua 50 lebih bakat yang menghiburkan puluhan ribu festival berlangsung selama tiga hari OOTW 2.0,” kata jurucakap Genesis Entertainment, penganjur festival itu.

Sambil-sambil layan DJ tu nanti, korang juga boleh nikmati makanan dan minuman dari seluruh dunia di kawasan makanan The Splash Stage yang disampaikan oleh Tastefully MY, salah satu pengendali ekspo makanan terbesar di Malaysia. 

Ada juga pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan yang korang boleh buat!

Layan DJ dah, makan-makan pun dah. Jom lah berseronok di taman tema air yang diiktiraf sebagai taman air terbesar di Malaysia. Ada banyak slides, rides dan wet fun with water gun akan menjadi tarikan di OOTW 2.0. Best gilaaa weh!

Semunya dalam satu bumbung. Memang meriah lah kan! Ha..korang tunggu apa lagi tu?

Dapatkan tiket early bird sekarang sebelum terlambat!

Dengar cerita tiket early bird dah nak habis tu, jadi siapa yang belum dapatkan lagi, korang boleh membuat pembelian tiket di SINI sebelum fasa harga seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web mereka di http://www.ootwmalaysia.com atau melalui Instagram mereka. 

SKIP THIS AD ×