Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui tidak berpuas hati dengan lakonannya dalam filem Pemuja Syaitan selepas menyaksikan hasil akhir karya berkenaan.

Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Sedar Tak Hebat Menyanyi, Dedah Tak Pernah Masuk Kelas Vokal – ‘Saya Bangga Dengan Ton Suara Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Simpan Hasrat Timang Dua Cahaya Mata Sebelum Usia 35 – ‘Sekarang Satu Pun Tiada, Ibu Bapa Dah Tua’

Saya tak perform

Ketika ditemui OhBulan!, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy meluahkan rasa kecewa kerana merasakan persembahannya dalam karya tersebut masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

Ini bukan lakonan terbaik saya. Saya tak suka lakonan saya. Bila tengok, saya rasa macam underacted, saya tak perform dengan baik.

Kalau boleh, saya harap dapat bagi lebih lagi dan ada banyak babak yang saya harap dapat ‘dubbing’ semula, sebab saya nampak terlalu senyap.

Tapi sebab saya tak nak bertembung dengan pelakon lain. Saya ingat mereka suruh saya dubbing kemudian, tetapi tiada

Lizzy berkata demikian ketika ditemui di tayangan khas Filem Pemuja Syaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Semua Sudah ini menganggap dirinya sendiri sebagai individu paling kritikal dalam menilai hasil lakonannya tanpa perlu menunggu orang lain untuk memberikan penilaian atau komen.

Setiap kerja yang saya buat, saya memang orang yang paling kritikal terhadap diri sendiri. Orang yang paling kuat mengkritik saya ialah diri saya sendiri.

Jadi kalau saya sendiri nilai diri saya macam tu, saya juga jangka orang lain akan nilai saya dengan cara yang sama, dan saya rasa itu adil.

Bukannya orang ada jangkaan terhadap saya, saya yang ada jangkaan terhadap diri sendiri.

Saya sendiri nak rasa puas bila tengok lakonan saya tu. Tapi bila tengok yang ini, saya kecewa dengan diri sendiri.

Tidak hanya itu, Lizzy agak terkilan selepas menyedari beberapa babak yang dirakam tidak seperti yang dibayangkan ketika berada di set penggambaran.

Saya jangka suntingan akan jadi berbeza. Jadi bila saya berlakon, saya jangka mereka akan guna sudut-sudut tertentu tapi banyak syot lain yang dipilih.

Sebenarnya itu juga kesilapan saya kerana sepatutnya saya berikan lakonan terbaik untuk semua syot.

Untuk nashkah yang terbaru, saya harap boleh buat dengan lebih baik.

Mengulas mengenai faktor pencahayaan yang agak gelap, Lizzy berkata keadaan tersebut turut memberi cabaran kepadanya kerana ekspresi wajah dan emosinya sukar ditangkap kamera.

Saya rasa pencahayaan filem ini agak gelap. Jadi, air mata dan emosi tidak begitu jelas kelihatan.

Kalau saya bagi lebih pun benda tu tak akan dapat ditangkap kamera. Tak nampak.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut sebagai satu pengalaman dan pembelajaran untuk dirinya memperbaiki lakonan pada masa akan datang.

Setiap kali saya buat sesuatu kerja, saya belajar. Secara peribadi, saya tak puas hati dengan lakonan saya dalam cerita ini.

Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam bermula 15 Oktober ini.

Filem arahan pelakon Liyana Jasmay ini mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah kembali ke sebuah pulau terpencil untuk mengimbau kenangan lama.