
Setiap kali Ramadan dan Raya, jadual kita memang penuh dengan jemputan makan dan berkumpul.
Dari iftar dengan rakan sekerja hinggalah ke sesi lepak dan rumah terbuka, semuanya tentang satu perkara iaitu makan bersama.
Tapi bila menu yang dihidangkan terasa biasa, pengalaman itu kadang-kadang jadi kurang menarik.
Sebab itu, Pizza Hut Malaysia tampil dengan sesuatu yang berbeza menerusi Pizza Ayam Bakar yang bukan sahaja kaya rasa, malah hadir dengan pengalaman penyediaan yang unik di depan mata.
Pengalaman ‘dibara lebih-lebih sempurna’ yang jarang dilihat

Apa yang membuatkan Pizza Hut Ayam Bakar ini lain daripada yang lain adalah proses penyediaannya yang bukan biasa-biasa.
Di restoran, hidangan ini akan disudahkan dengan teknik torching secara langsung di mana staf menggunakan api untuk torch permukaan topping.
Proses ini bukan sekadar untuk gaya namun membantu menghasilkan permukaan yang sedikit caramelized beserta aroma smoky yang lebih menggoda.
Momen ini juga sering menjadi perhatian pelanggan kerana ia bukan sahaja menambah rasa tetapi juga memberi elemen visual yang unik. Buat korang yang suka record dan share di media sosial, Pizza Hut Ayam Bakar ini memang sesuatu yang tak boleh korang lepaskan!
Lebih topping, lebih keju!

Selain teknik penyediaannya Pizza Hut ini berjaya buatkan ramai suka dari segi isi dan teksturnya yang dipertingkat.
Mana tidaknya, setiap slice yang dihidangkan hadir dengan topping ayam bakar yang kelihatan jelas dan penuh di permukaan.

Apabila diangkat, keju yang meleleh panjang memang jadi antara momen paling memuaskan. Tapi yang buat ramai lagi teruja, pizza ini sebenarnya hadir dengan stuffed crust, keju yang ‘disorok’ di dalam kerak untuk pengalaman yang lagi padu.
Setiap gigitan bukan saja penuh dengan topping di atas, tapi juga ada kejutan keju di bahagian tepi. Memang definisi sebenar lebih keju, lebih puas, lebih-lebih nikmat.
Fuh, ini memang sesuai untuk mereka yang tak pernah cukup dengan keju!
Gabungan topping yang banyak dan keju yang pekat menjadikan setiap gigitan terasa lebih padat dan memuaskan. Sesuai sangat untuk dijamah sewaktu berkumpul beramai-ramai.
Bila meja penuh, suasana pun jadi lebih meriah!

Ramadan dan Raya bukan sekadar tentang makanan, tapi tentang momen yang kita kongsi bersama orang tersayang.
Bila hidangan di meja hadir dengan sesuatu yang lebih seperti lebih rasa, lebih isi dan lebih pengalaman, suasana pun jadi lebih meriah dari biasa.
Inilah yang cuba dibawakan oleh Pizza Hut Malaysia musim ini. Bukan sekadar pizza, tetapi satu rangkaian menu Ayam Bakar yang hadir dalam pelbagai pilihan seperti Melts Ayam Bakar, Ayam Bakar Pasta dan juga Cheese Tarik Baked Rice Ayam Bakar.
Setiap satu tampil dengan identiti tersendiri, tetapi masih kekal dengan signature rasa ayam bakar yang sama, lebih padu dan lebih memuaskan.
Lebih menarik, korang juga boleh nikmati Pizza Ayam Bakar pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian satu piza ‘Favorite’ saiz sederhana. Memang peluang terbaik untuk rasa sendiri pengalaman ‘dibara sempurna’ ini.
Musim ini, raikan momen bersama dengan lebih isi, lebih keju dan dibara sempurna bersama Pizza Hut Ayam Bakar.








