berita

‘Ini Bukan Setakat Menunggang Agama Tapi…’ – ‘Derma’ Solat Hajat Dipersoal Netizen

September 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Zaman serba canggih hari ini menyaksikan ramai pihak mengambil kesempatan terhadap setiap peluang yang ada. Malah, terpaksa bersaing untuk mendapatkan wang ringgit. Hal ini termasuk soal agama dimana ada segelintir masyarakat menggunakan agama untuk meraih keuntungan diri.

Tular di laman Twitter sebuah keratan iklan dimana memaparkan perkhidmatan solat hajat dan dikenakan cas atau derma untuk setiap solat. Ternyata perkhidmatan solat hajat ini mendapat kecaman netizen yang menganggap tindakan individu itu sebagai penunggang agama.

Penunggang agama

Posting ini telah mendapat lebih kurang 8 ribu retweet di laman Twitter. Setiap perkhidmatan solat hajat dikenakan ‘derma’ yang telah ditetapkan harganya dalam keratan ini. Dipercayai kegiatan ini dijalankan seorang ustaz di negeri Kedah. Solat hajat yang disediakan untuk pelbagai perkhidmatan termasuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan, maju dalam perniagaan, sihat dan sembuh dari sebarang penyakit.

Menjual bukan meminta derma

Belum tentu Tuhan tunaikan permintaan kita

Sumber: Faez Fadzil

SKIP THIS AD ×