Foto: Healthline
Sudah pasti setiap ibu di luar sana inginkan badan yang kurus selepas bersalin. Walaupun anda akan kehilangan berat badan yang banyak selepas melahirkan anak, namun masih ada banyak lemak-lemak dan kulit di bahagian perut yang tidak dapat dihilangkan.
Jangan risau, ikuti tips-tips ini untuk mempunyai badan yang kurus dan ramping selepas bersalin!
Gunakan bengkung
Foto: PantangPlus
Bengkung merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengempiskan perut. Bengkung digunakan untuk mengecutkan serta memulihkan kulit perut. Untuk cara yang berkesan memakai bengkung adalah pada waktu pagi selama beberapa jam. Kita mungkin sudah biasa mendengar ibu selepas bersalin memakai bengkung kerana ia juga merupakan amalan tradisional orang Melayu.
Tetapi ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak digalakkan untuk memakai bengkung. Ia boleh digunakan selepas 4 ke 6 minggu lepas tempoh bersalin.
Minum campuran madu dan lemon
Foto: Healthline
Campuran madu dan lemon juga antara cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin. Caranya adalah campurkan segelas air suam, jus lemon segar dan setengah sudu teh madu. Amalkan minuman ini apabila perut anda kosong atau sebelum makan. Dinasihatkan supaya minum campuran ini sebaik sahaja anda bangun dari tidur.
Cara ini berkesan kerana khasiat yang terdapat dalam madu dan lemon dapat membantu untuk menguruskan badan anda selepas bersalin.
Amalkan teh hijau
Foto: Times of India
Teh hijau merupakan minuman yang terkenal dengan kesannya terhadap pembakaran lemak perut kerana ia mempunyai suplemen pembakar lemak yang sangat banyak.
Ia juga kaya dengan antioksidan dan kafein yang akan membantu menggerakkan asid lemak, mengurangkan komposisi lemak, menjadikan badan bertenaga dan bersedia untuk aktiviti fizikal.
Lakukan senaman ringan
Foto: Healthline
Ibu-ibu yang baru lepas bersalin digalakkan untuk bersenam, tetapi jangan terus lakukan senaman yang berat kerana ia akan membahayakan kesihatan anda.
Mulakan dengan senaman yang ringan kerana ia boleh membina ketahanan badan serta mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Senaman ringan yang baik untuk anda lakukan adalah seperti berjalan, berenang atau menunggang basikal.
Amalkan pemakanan yang sihat
Foto: Healthline
Tidak dinafikan lagi, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang sangat penting dalam kehidupan kerana manfaatnya yang banyak untuk tubuh badan kita. Ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein yang sihat.
Pengambilan garam dan gula juga harus dikurangkan. Minuman bergas dan minuman berkarbonat pula harus dielak sepenuhnya. Buah-buahan seperti betik dan mangga juga dapat membantu kuruskan badan selepas bersalin kerana khasiatnya yang banyak.
Namun, jangan terburu-buru untuk diet kerana ia bukanlah penyelamat. Tumpukan perhatian kepada pemakanan yang sihat dalam pantang dan senaman yang sesuai untuk tubuh badan anda. Lakukan yang mana anda mampu, selamat mencuba!
Sumber: The Asian Parent.