berita

Ini Cara Dapatkan Diskaun Tiket Penerbangan, Poin & Banyak Lagi Dengan Enrich, Program Kesetiaan Perjalanan Dan Gaya Hidup Malaysia Airlines

December 15th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Cepatnya masa berlalu. Dalam tak sedar, kita dah pun sampai ke hujung tahun 2023. Kalau korang ada berazam untuk travel tahun ni tapi tak kesampaian, jangan risau, korang masih boleh plan untuk tahun 2024 nanti.

Nak travel bersama yang tersayang, apa kata terbang bersama Malaysia Airlines? Terkenal sebagai syarikat penerbangan yang mencerminkan Malaysian Hospitality, ia telah menjadi pilihan hati ramai rakyat Malaysia.

Lebih-lebih lagi, korang dapat ganjaran menarik kalau sertai program ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni.

Sertai program Enrich untuk dapatkan tawaran menarik daripada Malaysia Airlines!

Buat pengetahuan korang, Program Kesetiaan Perjalanan dan Gaya Hidup Malaysia Airlines dikenali sebagai Enrich. Rata-rata yang sertai program ni, cukup puas hati!

Paling best, korang sebagai pengguna penerbangan kerap Malaysia Airlines akan menjadi ahli Enrich yang setia dan istimewa. Boleh dapat pelbagai manfaat eksklusif untuk sepanjang tahun. Bukan biasa-biasa!

Peroleh banyak mata ganjaran Enrich & tebus dengan mudah

Menariknya tentang program Enrich, korang boleh dapat mata ganjaran Enrich kalau terbang dengan Malaysia Airlines, syarikat penerbangan ahli oneworld Alliance dan syarikat penerbangan rakan kongsi Enrich.

Sebagai ahli Enrich, korang juga boleh dapat mata ganjaran apabila menukar mata ganjaran daripada bank, mata ganjaran petrol dan mata ganjaran runcit atau berbelanja untuk penginapan hotel, aktiviti lawatan, sewa kereta, membeli-belah, makan di restoran dan banyak lagi. Seronok kan?

Mata ganjaran tu boleh ditebus dengan mudah untuk korang nikmati percutian lebih bermakna. Korang boleh tebus untuk penerbangan, naik taraf tempat duduk, membeli-belah, akses kepada Malaysia Airlines Golden Lounge, penginapan hotel melalui enrichhotels.com, makan di restoran dan banyak lagi.

Ini antara rangkaian produk Enrich yang ada. Semuanya berbaloi!

  • Enrich Saver – Penebusan mata ganjaran dengan kadar tetap untuk penerbangan.
  • Enrichhotels.com – Platform tempahan hotel di mana ahli boleh peroleh dan
    tebus mata ganjaran di lebih 400,000 hartanah di seluruh dunia.
  • EnrichMoney – e-dompet berbilang mata wang dengan kad prabayar VISA.
  • Enrich Xperience – Platform tempahan aktiviti yang dikuasakan oleh Klook di mana
    ahli boleh mendapat mata ganjaran Enrich.
  • Enrich GiftCards – Kad hadiah daripada jenama antarabangsa terkenal yang ahli boleh tebus menggunakan mata ganjaran Enrich.

Nak tahu apa lagi yang best? Malaysia Airlines ada promosi istimewa untuk korang. Ini antaranya guys!

Tebus diskaun tiket penerbangan sempena 12.12!

Berita menarik buat korang yang nak travel tahun depan! Sempena 12.12, korang boleh tebus mata ganjaran Enrich untuk penerbangan bersama Malaysia Airlines dan Firefly dengan diskaun 12%. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Inilah masanya! Korang bolehlah terbang ke destinasi domestik dan antarabangsa kegemaran korang dengan penjimatan yang besar!

Peroleh mata ganjaran bonus bersama EnrichMoney

Nak cashless sewaktu travel? No problem! Dah jadi ahli Enrich, boleh muat turun e-dompet berbilang mata wang dan mohon kad prabayar VISA. Siap dapat Welcome Gift 1000 Mata Ganjaran Bonus Enrich. Fuh!

Tambahan lagi, kalau korang berbelanja dengan banyak, korang akan dapat nikmati 2X Mata Ganjaran EnrichMoney tau. Syoknya!

Tempah hotel dengan Enrich Hotels, dapat mata ganjaran eksklusif!

Macam mana dengan penginapan sewaktu travel nanti? Sebagai ahli Enrich, korang boleh je tempah penginapan hotel korang dengan enrichhotels.com. Bukan setakat lebih mudah, malah dapat mata ganjaran eksklusif.

Antara pilihan promosi menarik yang ada ialah:

  • Tempah penginapan hotel dan dapatkan 3X Mata Ganjaran Bonus Enrich, ATAU
  • Tebus sekurang-kurangnya 10,000 Mata Ganjaran untuk nikmati potongan 1000 Mata Ganjaran Enrich buat percutian seterusnya.

Korang tak cukup mata ganjaran untuk ditebus untuk holiday korang? Korang tau tak korang boleh convert mata bank korang kepada Mata Ganjaran Enrich? Korang hubungi je bank pilihan korang untuk buat bank conversion.

Dapat satu Mata Ganjaran Enrich bagi setiap perbelanjaan RM2

Siapa kat sini yang suka berbelanja semasa travel tu? Eh, sama la kita! Dengan Enrich Xperience, setiap perbelanjaan RM2 membolehkan korang untuk dapat satu Mata Ganjaran Enrich. Kalau korang belanja banyak, mata ganjaran pun jadi banyak la!

Bagi dapatkan lebih banyak mata ganjaran serta-merta, korang sebagai ahli Enrich boleh sentiasa tukar Mata Ganjaran Bank korang kepada Mata Ganjaran Enrich tau.

Jom daftar sebagai ahli Enrich bersama Malaysia Airlines mulai hari ni!

Nampak banyak keistimewaannya kalau jadi ahli Enrich ni. So, apa tunggu lagi? Ajak keluarga dan geng travel korang untuk daftar sebagai ahli Enrich bersama Malaysia Airlines. Sambil bercuti, sambil nikmati faedah. Yay!

Buat permulaan, korang akan gunakan kad Enrich Blue. Kalau travel dengan kerap, korang boleh buka lebih banyak faedah setiap kali korang upgrade ke peringkat Enrich Elite seterusnya, iaitu Silver, Gold dan Platinum.

Lagi hebat, korang akan diiktiraf di semua syarikat penerbangan ahli oneworld Alliance dengan status peringkat Keutamaan oneworld yang korang idamkan. Gempak habis!

Senang cerita, kalau naik mana-mana penerbangan terlibat jangan lupa hulurkan kad Enrich korang tu okay? Baru la dapat ganjarannya nanti!

Berminat untuk menjadi ahli Enrich? Korang boleh klik SINI untuk mendaftar dengan promo kod ENROHBULAN. Selamat bercuti dan pastikan sentiasa jaga diri semasa travel!

SKIP THIS AD ×