berita

“Ini Cara Isteri Saya Urus Wang Rumah”- Susah Simpan Duit? Cuba Praktikkan 4 Langkah Mudah Ini

December 5th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

WANG

Ramai yang mengeluh bila mengalami kekangan untuk menyimpan duti dek kerana tekanan kewangan. Namun, kami tertarik untuk berkongsi tips yang ditulis oleh Raja Kamil ini tentang cara isterinya menguruskan kewangan keluarga.

Cubalah, mana tahu berhasilkan? Cuma, apa yang kami pasti, harga barang takkan turun. Eh.

Screen Shot 2015-12-05 at 8.42.21 AM

Ini cara isteri saya urus wang rumah.

1. Jumlah wang dibahagi 30. Satu sampul mewakili 1 hari.
2. Jika ada baki, beliau akan masukkan duit baki ke dalam tabung.
3. Beliau tidak masukkan duit ke dalam semua sampul. Katanya ‘risk management’
4. Pada akhir bulan, duit dalam tabung dibahagi dua
— sebahagian untuk reward diri sendiri kerana dapat berjimat
— sebahagian disimpan ditabung financial freedom

Screen Shot 2015-12-05 at 8.42.35 AM

UPDATE :
Soalan 1. “Saya takde RM50 sehari, boleh ke buat?
Jawapan 1 : Dulu masa, income kitorang tak stabil, (dalam RM300 sebulan), macam ni juga kitorang buat. Peruntukan wang rumah tu, bahagi 30 hari.

Soalan 2 : Kalau income tak stabil boleh buat?
Jawapan 2 : Disebabkan buat macam ni, kitorang dapat menyimpan sikit-sikit. Lama-lama, simpanan bertambah, dan boleh guna buat modal berniaga yang lebih besar.

Soalan 3 : Kenapa tak letak kat semua hari? Kenapa setengah je?
Jawapan 3 : Itu, cara isteri saya, uruskan risiko. Kalau hilang (nauzubillah minzalik), taklah hilang semua sekali. Lagi separuh, letak pertengahan bulan nanti.

Eh, siapa dah buat nanti, post lah gambar kat komen.
Mesti cantik-cantik korang punya nanti.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×