berita

Ini Cara Mudah Buat Halwa Betik Sebagai Hantaran Pertunangan, Perkahwinan!

December 17th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa kat sini pernah dengar halwa betik? Ia merupakan sejenis makanan tradisional semenjak dulu yang diproses dari buah betik. Kalau zaman dulu-dulu, ketika hari raya atau majlis rombongan apa-apa pasti akan terselit kuih ini sebagai buah tangan.

Selain dari rasanya yang sedap dan manis, bentuknya juga turut menarik perhatian dan menjadi buruan ramai kanak-kanak. Namun rasanya zaman sekarang kita jarang dengan kuih ini. Kalau ada pun, mungkin susah dijumpai. Di twitter, seorang individu kongsi bagaimana ibunya sendiri membuat kuih ini untuk dijadikan hantaran. Menariknya!

7 hari buat halwa betik

Lebih 500 retweet, wanita ini kongsi bagaimana usaha ibunya untuk membuat halwa betik. Tengok dari rupa memang cantik dan menarik. Sesiapa nak kahwin dalam masa terdekat ini, mungkin boleh cuba untuk mencuba halwa betik ini untuk dijadikan hantaran.

Kena cari betik muda

Proses awal pembikinan, betik kampung muda ni kena guna yang belum ada bijik macam ni or yang bijiknya masih melekat, sebab tu haritu cari yang kalau digoncang tak berbunyi. Kalau berbunyi maknanya berbiji, atau bijinya dah lerai. So takleh guna dah untuk buat halwa sebab dah masak.

Kemahiran turun temurun

Lepaih dah diukir dan dipotong-potong tu kena la pasang pulak ala-ala pasang modkit gundam. Cumanya modkit halwa betik ni tak ada manual untuk dirujuk. Semuanya bergantung pada skill dan kemahiran yang diwarisi turun temurun.

7 hari masak dalam helwa betik

Dan inilah hasil akhirnya. Lepastu kena masak perlahan-lahan dan berhati-hati dalam air gula selama 7 hari sampai la menjadi halwa. Kemudian dihias apa semua tu untuk letak sebagai hantaran dan dipersembahkan ketika hari bahagia.

Resepi

1 biji betik – dipotong dan direndam di dalam air kapur

2 keping gula Melaka

½ kg gula

Sedikit garam

2 helai daun pandan

Cara menyediakannya :-

  1. Basuh betik yang telah direndam di dalam air kapur dan tos kan.
  2. Kemudian, masak betik bersama sedikit air, gula melaka dan daun pandan serta sedikit garam.
  3. Masak sehingga air gula agak pekat.

Sumber : Injang Nation