berita

Ini Cara Mudah Daftar & Keluarkan Wang I-Lestari KWSP COVID-19 Dari Akaun 2

March 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi  Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan, kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan akaun KWSP Akaun 2 sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi semasa negara.

Untuk makluman, pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dilakukan sekiranya anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun. Melalui I-Akaun anda boleh melakukan pengeluaran KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP pada bila-bila masa. Bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda bolehlah membuat pendaftaran dengan segera. Ini langkah mudah untuk anda membuatkan pengeluaran KWSP Akaun 2.

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP

1. Pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berhampiran untuk mendaftar. Selepas selesai mendaftar anda akan menerima SMS yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan sementara untuk iAkaun anda.
2. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada bahagian “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.
3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
*Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.
4. Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan pilih “Setuju”.
5. Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
6. Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
7. Log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19

Di bawah merupakan infografik rasmi pendaftaran yang dikeluarkan KWSP. Anda boleh rujuk juga infografik di bawah.

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020. Untuk sebarang pertanyaan, ahli boleh menghantar emel khas bagi i-Lestari yang telah disediakan iaitu [email protected]. Segala kemaskini terkini serta senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.

Orang ramai turut diminta agar tidak mempercayai sebarang berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter. Para ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi sahaja.

 

Sumber : KWSP

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×