Bermula sekarang, pengguna RON95 di PETRONAS boleh nikmati subsidi BUDI95 dengan lebih mudah dan cepat, hanya guna aplikasi Setel!

Mesti korang dah boleh bayangkan penat tunggu giliran panjang dekat pam minyak atau terpaksa ulang-alik ke kaunter untuk sahkan MyKad apabila BUDI95 bermula pada 30 September nanti.

Haa..berita baik untuk korang, Setel siap sedia dengan penyelesaian yang super senang dan sangat berbaloi!

Terus isi minyak tanpa leceh, tanpa beratur!

Kenapa Pilih Guna Setel Untuk BUDI95?

Kredit: PETRONAS / mymesra.com.my

1. Sahkan MyKad Sekali Sahaja, Lepas Tu Terus Isi Minyak!

Dengan Setel, korang cuma perlu sahkan MyKad sekali sahaja dalam aplikasi. Lepas tu, setiap kali nak isi minyak, tak perlu bawa keluar kad pun! Jimat masa dan tenaga.

2. Tak Payah Beratur Panjang-Panjang

Isi minyak terus guna aplikasi tanpa perlu beratur atau tunggu giliran. Pengisian jadi cepat dengan fungsi “One-tap”! Tekan sekali, isi minyak, siap.

3. Urus Segalanya Dalam Satu Aplikasi

Dari semak kelayakan subsidi, tengok baki kuota BUDI MADANI, hinggalah jejak perbelanjaan dan kumpul Mesra Rewards Points. Semuanya boleh dibuat terus dalam aplikasi Setel.

4. Dapat 3X Mata Ganjaran Mesra!

Ya, korang bukan je dapat subsidi, tapi juga 3x mata ganjaran Mesra bila isi minyak RON95 bersubsidi guna Setel. Lebih jimat, lebih untung!

Tak Guna Setel? Ini Alternatif Lain Menikmati BUDI95 Di PETRONAS:

Kredit: Youtube PETRONAS Brands

Pilihan 1 – Guna MyKad Di Terminal Pam Minyak (OPT)

  • Tap kad di terminal pam
  • Lepas pembayaran dengan kad, masukkan MyKad dalam terminal
  • Sahkan kelayakan subsidi
  • Isi minyak seperti biasa
  • Masukkan nombor telefon untuk kumpul mata Mesra
  • Selesai isi minyak, simpan resit!

Pilihan 2 – Sahkan Di Kaunter Kedai Mesra

  • Bawa MyKad ke kaunter
  • Sahkan kelayakan melalui sistem
  • Bayar guna tunai atau kad
  • Isi minyak dan semak resit

Pilihan 3 – Guna Aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet

A. Menggunakan BUDI95 dalam Aplikasi TNG eWallet:

  • Buka aplikasi TNG dan klik BUDI95
  • Pilih stesen minyak berdekatan
  • Masukkan nombor pam dan jumlah minyak yang ingin diisi
  • Tekan bayar sekarang
  • Tunjuk kod QR di kaunter untuk diimbas oleh krew station bagi mengaktifkan pam
  • Isi minyak seperti biasa
  • Semak resit dalam aplikasi TNG

B. Menggunakan PETRONAS via Setel Mini Program dalam Aplikasi TNG eWallet:

  • Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan klik PETRONAS via Setel (Mini Program).
  • Pilih stesen PETRONAS yang diingini dan masukkan nombor pam.
  • Masukkan jumlah isian minyak (RM) dan buat pembayaran menggunakan baki TNG eWallet anda.
  • Setelah pembayaran berjaya, terus ke pam minyak dan mula mengisi — tidak perlu ke kaunter. Resit pembelian boleh disemak dalam Mini Program PETRONAS via Setel. Semak resit dalam aplikasi TNG.

Ini Cara Baca Resit Subsidi Minyak..

Nak pastikan korang tak terlebih kuota atau bayar harga pasaran? Ini perkara penting yang korang kena semak dekat resit:

  • Harga Pasaran vs Harga Subsidi – Bezakan nilai penuh dan nilai BUDI95 yang korang dapat.
  • Baki kelayakan BUDI95 sebelumnya – Tengok berapa lagi baki kelayakan sebelum pembelian ini.
  • Baki kelayakan BUDI95 yang masih ada – Pastikan pembelian tak melebihi baki kelayakan yang ditetapkan.
  • Jumlah akhir yang dibayar – Bandingkan jumlah yang dicaj dengan nilai BUDI95 dan harga pasaran.
  • Simpan resit untuk rujukan masa depan!

Jom Guna Setel Sekarang Untuk Pengalaman Lebih Mudah & Berbaloi!

Dah tiba masanya untuk tukar cara lama isi minyak kepada yang lebih pintar dan efisien.

Buat korang yang belum guna aplikasi Setel, korang boleh muat turun sekarang dan sahkan MyKad korang menggunakan kod c-5etel untuk dapatkan pulangan tunai RM5!

 Muat turun aplikasi Setel di Apple Store, Google Play dan Huawei AppGallery.

👉 Klik untuk info lanjut: www.mymesra.com.my/bm/untuk-pengguna/budimadaniron95