berita

Ini Cara Nicorette Bersama mQuit Services Bantu 25,000 Perokok di Malaysia!

June 14th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Buat perokok yang telah merokok selama bertahun-tahun lamanya, harus diakui bukan mudah nak hentikan tabiat ini. Ada yang masih berusaha dan tak kurang juga ada yang berhenti separuh jalan. Namun, ramai yang dah berjaya meninggalkan tabiat ini buat selamanya.

Untuk pengetahuan korang, setiap tahun dianggarkan lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia yang direkodkan adalah dikaitkan dengan tabiat merokok. 

Atas sebab itu, sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Nicorette telah berganding bahu dengan mQuit Services dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggalakkan perokok di Malaysia memulakan gaya hidup yang lebih sihat!

Soucth Cina Morning Post

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan kini dalam persediaan untuk memperkasakan semua aktiviti ke arah mempertingkatkan program Kawalan Tembakau yang sedia ada.

Rokok dan juga vape telah terbukti menyebabkan implikasi kesihatan dan memberi beban kepada sistem penjagaan kesihatan. Beliau juga menggesa semua perokok untuk berhenti merokok atau menghisap rokok vape bagi mengelakkan lebih banyak implikasi kesihatan.

Untuk menyokong usaha ini, KKM telah bekerjasama dengan para Profesional Kesihatan, NGO dan syarikat swasta untuk menyusun program berstruktur iaitu mQuit Services. 

Program mQuit Services ini juga melibatkan beberapa rakan kongsi, termasuk penyedia penjagaan kesihatan, ahli akademik, serta syarikat seperti Johnson & Johnson Malaysia.

Ini antara inisiatif program #SamaSamaStop dengan mQuit Services yang disediakan:

  • Penyedia penjagaan kesihatan
  • Menyediakan sumber dan nasihat yang betul
  • Menawarkan sesi rundingan percuma oleh ahli farmasi di mana-mana farmasi yang mengambil bahagian
  • Menyediakan pelan berhenti merokok yang disesuaikan bersama dengan kit permulaan

Jelas Chin Keat Chyuan, Pengarah Urusan Johnson & Johnson, melalui kerjasama ini,  diharap sasaran untuk membantu 25,000 orang perokok di Malaysia dapat dicapai dalam mengorak langkah pertama #SamaSamaStop merokok.

“Mereka boleh mengunjungi mana-mana farmasi yang mengambil bahagian untuk mendapatkan rundingan percuma oleh ahli farmasi dan menerima pelan berhenti merokok yang disesuaikan bersama dengan kit permulaan,” tambahnya.

Hasrat untuk berhenti merokok mungkin sangat mencabar, namun dengan bantuan produk-produk Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy, NRT) seperti Nicorette, boleh membantu perokok meninggalkan tabiat mereka buat selamanya.

Kalau korang nak tahu, Nicorette tersedia dalam dua format untuk memastikan ia dapat menampung pelbagai jenis keperluan perokok bagi membantu mereka berhenti merokok:

  1. Nicorette Invisi Transdermal Patch – Jumlah nikotin yang terkawal menyerap melalui kulit ke dalam aliran darah, membantu mengawal keinginan nikotin sehingga 16 jam.
  2. Nicorette Gum – Berfungsi dengan cepat untuk melegakan keinginan dan gejala penarikan. Terdapat dalam dua kekuatan berbeza: 2mg atau 4mg.

Jadi buat korang yang sedang berusaha untuk berhenti merokok, jom mulakan perjalanan #SamaSamaStop merokok korang dengan Nicorette!

Oh ya, sehingga 30 Jun 2022 nanti korang juga boleh temui mana-mana ahli farmasi di Farmasi Caring, Farmasi Alpro dan Farmasi Health Lane Family berhampiran atau layari www.jomquit.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang program mQuit Services. 

 

SKIP THIS AD ×