berita

Ini Cara NordVPN Beri Akses “Laman Web Terhad” & Lindungi Data Korang Daripada Dicerobohi!

September 26th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Kalau korang perasan, sekarang sengit betul perlumbaan untuk  menjadi  penyedia Virtual Private Network. Syarikat-syarikat yang menyedia VPN ni tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Namun begitu, NordVPN masih berjaya mengekalkan reputasinya sebagai salah satu platform penyedia VPN yang popular dan dipercayai oleh pengguna siber.

Memiliki pelbagai ciri unik yang digabungkan bersama inovasi terkini, NordVPN sentiasa berusaha meningkatkan kualiti servis mereka.

So, dalam artikel kali ni, min nak kongsikan dengan korang 8 kelebihan NordVPN dan mengapa NordVPN jadi pilihan ramai pengguna siber berbanding pesaing-pesaingnya yang lain.

1. NordVPN sambungkan korang terus kepada pelayan terpantas dengan 1 klik.

Dashboard atau antara muka memainkan peranan yang penting. Ini bagi memberikan pengguna pengalaman yang mengesankan. Antara muka yang mudah difahami dan diakses akan memberikan pengguna pengalaman yang mengesankan dan disukai.

Inilah kelebihan NordVPN. Mereka direka khusus untuk memastikan ciri penting VPN dapat diakses dengan mudah dan pantas.

Konsep reka bentuk yang konsisten, mudah untuk dinavigasi, mesra pengguna dan minimalis, menjadikan mereka salah satu penyedia VPN terbaik yang ada di peringkat antarabangsa.

Selain itu, pengguna juga dapat berhubung terus dengan pelayan secara pantas melalui Quick Connect. Apabila korang aktifkan Quick Connect tak kisahlah pelayan apa yang korang pakai, korang tetap akan terhubung dengan pantas.

Walau bagaimanapun, korang boleh je customise ciri-ciri Quick Connect ni bila korang berada pada 3 situasi berikut.

  1. Pada rangkaian tidak selamat
  2. Pada rangkaian Wi-Fi
  3. Boleh akses pada bila-bila masa

2. Sediakan “IP masking” dua kali!

NordVPN sentiasa berada di hadapan apabila kita sentuh tentang ciri privasi dan keselamatan. Mereka menyediakan Double VPN! Ini merupakan contoh penting dalam usaha menjaga maklumat dan data pengguna.

Double VPN ialah langkah keselamatan lanjutan yang menutup IP korang sebanyak dua kali untuk memberikan privasi dan keselamatan yang tiptop.

Apabila Double VPN diaktifkan, trafik dalam talian korang akan lebih jadi lebih rumit untuk di track oleh pihak yang diingini sebelum sampai ke destinasi pelayan.

Korang mungkin tertanya-tanya, Double VPN ni sama macam gabungan rantaian VPN ke? Apa yang buat NordVPN berbeza?

Korang ni… mestilah NordVPN tak sama dengan penyedia VPN yang lain sebab NordVPN menggunakan pelayan tanpa cakera yang direka secara eksplisit untuk bekerjasama dan memberikan kelajuan yang lebih tinggi tanpa caj tambahan.

Berbeza dengan rantaian VPN konvensional yang berbilang atau lompat-lompat, dimana data korang terpaksa melalui banyak pelayan VPN daripada pelbagai penyedia VPN.

ini boleh menimbulkan masalah dan menyebabkan pelayan tidak dapat berfungsi dengan optimum dan mungkin korang boleh dikenakan bayaran yang lebih tinggi atau caj tambahan.

3. “Support” pengguna 24/7!

Memiliki Pusat Sokongan yang aktif dan kaya dengan pelbagai maklumat termasuklah tutorial persediaan VPN dan ruang pertanyaan umum, NordVPN telah membina rangakaian perkhidmatan sokongan pelanggan berkualiti tinggi melalui pelbagai saluran.

Menawarkan perkhidmatan “Live Chat” yang berfungsi sepanjang masa. Jika korang memerlukan bantuan segera, cepat-cepat korang guna perkhidmatan ini.

Perkhidmatan “Live Chat” akan menghubungkan korang dengan ejen NordVPN untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul.

Disamping itu, ejen khidmat pelanggan NordVPN juga merupakan individu terlatih yang mempunyai pengetahuan luas tentang perkhidmatan VPN. Mereka ni akan cuba memenuhi segala keperluan dan pertanyaan korang.

Jangan risau, mereka semua mesra dan ramah dengan pengguna.

Bagi yang tak mahu gunakan perkhidmatan “Live Chat”, korang boleh je e-mel ke pusat perkhidmatan mereka untuk mendapatkan sebarang bantuan atau hubungi mereka melalui media sosial.

4. Benarkan selektif “IP masking”.

Bagi korang yang tidak menggunakan VPN, andai kata korang nak akses kandungan yang terhad atau torrent dengan selamat. VPN diperlukan.

Lagipun NordVPN menyokong “Split Tunneling”, so korang boleh lindungi aplikasi tertentu  yang korang nak.

NordVPN akan membolehkan korang menutup IP korang dengan 3 cara:

1. Aktifkan Inverse Split, untuk buat seluruh trafik internet korang jadi “encrypted” kecuali untuk beberapa program yang dipercayai.

2. Korang boleh pilih App-based Split, di mana anda boleh pilih aplikasi mana yang akan dapat  perlindungan VPN.

3. Korang boleh pilih URL-based Split, yang membolehkan korang akses URL tertentu tanpa VPN.

5. Cegah kebocoran data!

NordVPN dilengkapi dengan langkah keselamatan lanjutan untuk memastikan data korang dilindungi.

Fungsi ini menghalang kebocoran DNS daripada berlaku. DNS yang dikendalikan oleh NordVPN ini akan sentiasa “encryted”  melalui terowong VPN yang sama dan korang boleh check  sama ada berlaku kebocoran DNS atau tak melalui Ujian INI. 

Selain itu, NordVPN juga dilengkapi dengan ciri yang dipanggil “Kill Switch”. Ia bertindak sebagai barisan pertahanan terakhir.

Sebagai contoh, jika sambungan korag ke pelayan VPN terputus secara tidak sengaja, maka “Kill Switch” akan memutuskan kesemua sambungan Internet. Jadi, trafik korang takkan melalui pelayan yang tidak dilindungi.

7.  Pantau akses Dark Web dengan fungsi “Monitor Dark Web”

NordVPN juga menyediakan fungsi “Monitor Dark Web”, yang  memantau akses Dark Web 24/7 untuk mencari sebarang kemungkinan jika berlakunya kebocoran data.

Memalui fungsi ini korang akan  dimaklumkan dengan segera jika korang dah langgar kelayakan/ akses yang diberi. “Monitor Dark Web” ialah ciri hebat selangkah di hadapan penggodam.

Sekiranya berlaku sebarang kebocoran data, korang boleh tukar kata laluan dengan cepat untuk melindungi data korang.

8. Menawarkan privasi terbaik dengan polisi Tanpa Log

Salah satu perkara terbesar yang menjadikan NordVPN unik ialah lokasi ibu pejabatnya yang terletak di Panama, sebuah negara tanpa undang-undang pengekalan data.

Justeru itu, NordVPN tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk menjejaki aktiviti dalam talian korang.

Mereka tidak memantau, menyimpan atau menghantar trafik dalam talian korang kepada mana-mana pihak ketiga.

9. Berikan pilihan pembelian menarik!

Ciri lain yang membezakan NordVPN daripada penyedia VPN lain ialah harganya yang berpatutan dan menarik.

Mereka menyediakan langkah keselamatan lanjutan dengan kelajuan tinggi pada kos yang sangat rendah. Korang boleh pilih 3 pelan berbeza ikut poket dan kemampuan korang.

  • Pelan sebulan $11.99
  • Pelan setahun $59.88 ($4.99/bulan)
  • Pelan dua tahun $78.96 ($3.29/bulan)

NordVPN juga menawarkan jaminan wang dikembalikan selama 30 hari, jika korang rasa tak puas hati dengan perkhidmatan mereka

NordVPN Unik dalam Banyak Cara

Selama bertahun-tahun, NordVPN telah membuktikan nilai kecemerlangannya dalam setiap ciri yang disediakan. Hari ini, mereka berada jauh di hadapan pesaingnya dengan menyediakan perkhidmatan keselamatan di “peringkat kerajaan” pada kelajuan tinggi hanya dengan 1 klik sahaja.

Banyak ciri lain yang menjadikan NordVPN unik dan lain daripada yang lain terutama sekali NordLynx dengan teknologi OpenVPN dan IKEv2/IPsec yang menyediakan keselamatan peringkat teratas dan dalam masa yang sama SmartPlay memberikan korang akses kepada kandungan terhad dengan lancar.

Muat turun NordVPN untuk iPhone dan android milik korang sekarang untuk perlindungan data yang maksima!

SKIP THIS AD ×