berita

‘Ini Dah Melampau!’ – Wartawan TV3 Berang Foto Parodi ‘Keterlaluan’ Abang Azih Jatuh Bot

December 25th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Video seorang wartawan TV3, Ishak Abdillah Ngah ketika membuat liputan perkembangan banjir di Terengganu telah mendapat perhatian netizen. Gelagatnya terkejut melihat sesuatu tidak dijangka itu telah mengundang tawa buat sesiapa saja yang menonton.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Allahuakbar Abang Aziz Jatuh Bot!’ – Gelagat Wartawan TV3 Terkejut Undang Tawa Netizen

Sejak itu, ramai yang memparodikan aksi mencuit hati wartawan TV3 ini dan ada juga foto disunting lucu. Tetapi, sebuah foto ini kelihatan keterlaluan dan telah mengundang kemarahan wartawan Ishak Abdillah.

Kompilasi Abang Aziz jatuh bot

Gelagat mencuit hati dari video liputan wartawan Ishak Abdillah Ngah telah trending dan menjadi ikutan netizen untuk meniru gelagat tersebut. Ini merupakan antara kompilasi video dengan tanda pagar #AbangAzihJatuhBok yang telah dimuatnaik netizen di media sosial.

Ini sebenarnya Abang Aziz

Pasti ada tertanya-tanya, siapa Abang Aziz sebenarnya, bukan? Inilah juru kamera TV3, Abang Aziz yang telah jatuh dari bot ketika membuat liputan banjir di Terengganu tempoh hari.

Antara foto diedit dan jadi ikutan

Tak ada akal ke nak bergurau?!

Walaubagaimanapun, Ishak Abdillah Ngah menerusi laman Twitter mengundang rasa marah apabila menyaksikan foto yang diedit ini sudah keterlaluan. Besertakan dengan kapsyen “Allahuakbar, abang azih jatuh titian sirat“.

Wartawan TV3 ini telah mengambil keputusan untuk membuat laporan kerana gambar tersebut kelihatan sangat melampau apabila melibatkan soal agama.

Sumber: ShaqBella

SKIP THIS AD ×