berita

‘Ini Fasa Paling Getir Dalam Hidup Saya’ – Aliff Aziz

May 16th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Dunia hiburan kembali dikejutkan dengan episod kecurangan penyanyi Aliff Aziz dengan seorang gadis Tiktok. Foto mesra Aliff dan gadis itu tersebar di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen yang meradang dengan bapa seorang anak ini.

Terbaru, Aliff akhirnya memberi respon berkenaan isu tersebut kepada Utusan Malaysia dalam perbualan Whatsapp.

Tak nak bercakap

Menurutnya kepada akhbar itu, dia meminta semua memberi ruang kepadanya untuk tidak bercakap atau mengulas lanjut dengan kontroversi melanda dirinya.

Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.

Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi Insya-Allah.

Baru habis pembedahan

Tambahnya lagi, dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan tidak boleh berbual panjang buat masa sekarang. Namun tidak dinyatakan secara terperinci pembedahan apa yang dijalaninya.

Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang.

Bella baru-baru ini membuat kenyataan akan meneruskan hidup tanpa Aliff disisinya. Bella menerusi Instagramnya itu juga meluahkan dia hanya mahu yang terbaik untuk anaknya. Wanita kecil molek ini juga meminta diberi ruang dan berterima kasih kepada netizen yang prihatin kepadanya.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×