Nak pilih hadiah buat yang tersayang mestilah tak boleh sembarangan kan? Kalau boleh nak sesuatu yang berguna dan bergaya untuk kegunaan harian mereka.
Jika korang sedang mencari sesuatu yang praktikal serta stailish, apa kata hadiahkan si tersayang dengan jam tangan pintar ini diperhebat dengan pelbagai ciri berguna dan paling penting sangat bergaya!
Samsung Galaxy Watch6 pelengkap gaya harian!
Samsung Galaxy Watch6 hadir dengan sentuhan estetik yang bakal menyempurnakan keseluruhan look harian. Ianya sangat sleek, smart dan sesuai buat dipadankan dengan pelbagai jenis outfit termasuk gaya kasual mahupun formal.
Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz, warna dan model membolehkan pengguna membuat pilihan mengikut gaya serta personaliti si tersayang.
Antara varian yang tersedia adalah Samsung Galaxy Watch6 dan Samsung Galaxy Watch6 Classic bersaiz 40mm sehingga 47mm bersama pilihan warna seperti graphite, gold, black dan silver
Untuk pilihan strap pula, korang tak perlu risau sebab ada bermacam-macam jenis pilihan daripada sport, extreme sport juga hybrid eco-leather dan D-buckle hybrid eco-leather. Cukup versatile untuk digayakan pada acara dan keperluan berbeza!
Paling penting, cara nak tukar strap pun mudah je. Hanya dengan satu klik korang dah boleh ganti strap yang baru. Selain itu, rekaan terbaru ini adalah lebih ringan dan selesa untuk dipakai si tersayang sepanjang hari!
Jam tangan pintar serba lengkap – Ini 4 Fungsi utama
1. Pantau senaman harian
Selalu terlupa nak tekan mula masa sebelum bersenam? Jangan risau Samsung Galaxy Watch6 punya kebolehan automatik untuk mengecam serta merakam senaman terpilih dan menyimpan data tersebut.
Samsung Galaxy Watch6 juga berkebolehan untuk menjejaki pergerakan pengguna dalam lebih 90 jenis senaman. Sempurna buat mereka yang sentiasa aktif!
2. Tetapkan zon kadar degupan jantung
Samsung Galaxy Watch6 punya kebolehan untuk membenarkan pengguna customize zon kadar degupan jantung dalam masa 10 minit setelah berlari outdoor.
Ia turut mengukur kadar denyutan jantung secara berkala dan memberikan amaran sekiranya ia mengesan detak jantung yang tidak teratur serta sebarang kelainan berkaitan jantung yang boleh membawa kepada komplikasi serius.
3. Kenal pasti komposisi badan
Samsung Galaxy Watch6 berupaya untuk mengenal pasti posisi badan pengguna termasuklah berat badan, otot rangka, lemak, kadar air dalam badan, BMI, dan BMR.
4. Tekanan darah
Memantau tekanan darah (BP) kini tidak lagi susah dengan Samsung Galaxy Watch6 kerana ia dilengkapi kalibrasi bersama alat tekanan darah bagi membolehkan pengguna mendapatkan data yang tepat.
I turut hadir dengan ciri ECG bagi mengesan sebarang ketidak tentuan irama pada jantung yang berisiko menyebabkan serangan jantung.
Percuma aksesori bernilai RM727*!
Haa.. Dah teruja nak dapatkan hadiah buat tersayang? Jom pesan Samsung Galaxy Watch6 sekarang untuk nikmati pelbagai aksesori percuma dengan setiap pembelian termasuklah strap, charger dan watch cradle. Untung gila guys!
Korang juga tak perlu dah susah-susah nak wrap hadiah korang ini sebab ianya hadir dalam gift box eksklusif, tapi kena cepat sebab tawaran ini hanya sah sehingga 31 Disember nanti.
*Promosi sah sementara stok masih ada serta hanya untuk tali jam terpilih. Warna dan model tali jam tersedia mungkin bergantung kepada negara atau penjual.
Warna putih atau hitam sahaja bagi charger bergantung kepada ketersediaan stok. Promosi sah untuk lokasi dan peranti terpilih sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat. Kunjungi laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.
Untuk pembelian korang boleh terus kemana-mana Samsung Experience Store atau pesan dan customize mengikut citarasa korang di SINI.