berita

Ini Jawapan Netizen Bila Kami Tanya Apa Diorang Nak Buat Kalau Dapat RM100,000

August 20th, 2018 | by Epul
Kewangan & Pelaburan

Dalam dunia ni tak semua orang bertuah tau. Antara 100 orang, mungkin 10 orang je yang bertuah. Ada antara korang tergolong dalam geng mereka yang selalu bertuah ni? Masuk peraduan menang, lucky draw selalu dapat hadiah, untung betul…

Tapi cuba bayangkan kalau tiba-tiba ada ‘rezeki terpijak’, tak semena-mena nasib baik menyebelahi korang pula waktu tu dapat hadiah utama cabutan bertuah RM100,000. Korang nak buat apa dengan duit tu?

Baru-baru ni min tanya netizen Facebook apa diorang nak buat kalau dapat RM100,000. Jom kita baca apa jawapan mereka…

Bawa ahli keluarga pergi Umrah atau Haji. Alhamdulillah…

Mulia sungguh hati pembaca-pembaca OHBULAN. Sememangnya min sokong idea korang, bila lagi nak bahagiakan hati mak bapak kita kan?

Islam pun menggalakkan kita menunaikan Haji bila dah mampu dalam Rukun Ke-5, paling tak pun melawat Tanah Suci. Bukan senang nak dapat peluang tu!

Langsaikan hutang piutang yang ada. Hidup selesa bebas hutang!

Ada orang pernah cakap ‘kita kerja ni untuk bayar hutang je’. Statement ni ada betulnya kadang-kadang, tapi bergantung. Macam mana tu?

Yelah, kalau kau kerja belanja sakan, shopping sana sini, travel, banyak pakai kad kredit, ambik personal loan, memanglah hutang keliling pinggang! Kalau setakat hutang kereta, rumah, pendidikan tu tak apa lagi untuk kegunaan dan masa depan kita!

Jadi, korang kena berhati-hati okay! Jangan sesekali ‘terjerat’ dengan hutang!

Beli kucing Savannah macam ‘pengasas jenama kosmetik’ punya tu…

Min pun rasa kucing Savannah tu cantik. Bukan corak bulu dia je cantik, harga pun cantik guys… Min pernah saja Google harga kucing Savannah tu, harga dia boleh cecah RM50,000 seekor tau! Dah beli nanti, kenalah jaga elok-elok ya Azyan…

Bina atau beli rumah sendiri. Satu pelaburan yang bijak anak muda!

Seperti mana kita semua tahu, harga rumah makin lama makin mahal. Bila dapat ‘durian runtuh’ RM100,000 macam ni, ada baiknya kita beli rumah ataupun repair keadaan rumah sedia ada. Bukan apa, rumah ni salah satu pelaburan juga dan tempat berteduh dari hujan panas…

Esok lusa kalau kita dah tua boleh bagi anak cucu atau keluarga duduk. Kalau taknak duduk sendiri, boleh sewakan. Betul tak?

Pergi semua konsert BTS. Bukan Bandar Tasik Selatan tau…

Jangan kecam min, mula-mula min pun tak tau BTS tu apa. Selepas Google dan tanya rakan office baru tau ia adalah kependekan untuk sekumpulan penyanyi dari Korea, Bangtan Sonyeondan. Malah, siapa-siapa yang fanatik terhadap kumpulan BTS ni, mereka gelarkan diri mereka sebagai BTS Army tau!

Min pun ada kawan yang gelarkan diri mereka BTS Army. Fuh, tahap fanatik diorang sampai sanggup beli poster, album, koleksi kasut, buku nota sehinggalah pergi konsert jelajah di seluruh dunia. Satu tiket konsert je dah beribu, belum campur kos travel lagi! Jadi, good lucklah Nurmastura!

Hadiahkan set mainan lengkap untuk anak, doh lamo dio mintok…

Bila dah jadi bapak, nak layan permintaan anak bukan senang! Nak-nak kalau permintaan pelik-pelik… Bila dapat ‘rezeki terpijak’ macam ni, masa ni lah nak gembirakan hati anak-anak! Macam Amirudin ni, anak dia mintak set anak patung bersaiz besar. Mana pula nak cari?

Sini min ajar cara mudah nak dapatkan RM100,000…

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Nak tau lebih lanjut mengenai Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2018?

Jom mula menabung dalam SSPN-i Plus dan korang berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak RM100,000 dan pelbagai lagi hadiah lumayan menarik dalam peraduan Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2018 mereka! Tak silap min, lebih RM2,000,000 nilai hadiah boleh dimenangi tau!

Apa korang perlu buat hanyalah buka akaun baharu atau tambah deposit dalam akaun sedia ada dan pastikan akaun itu aktif sehingga tamat tempoh promosi dan tarikh cabutan. Setiap RM50 deposit dikira sebagai 1 cabutan. Jadi, selalu-selalulah tambah deposit dalam akaun SSPN-i Plus tu!

Cabutan WOW! terbahagi kepada 3 kategori cabutan iaitu Tahunan, Sukuan dan Bulanan

Untuk Cabutan WOW! Tahunan, cabutan akan dilakukan setiap bulan dari 1 Januari – 31 Disember 2018. Tengok siapa yang bertuah bulan tu, manalah tau dapat RM100,000?

Tapi, RM100,000 tu untuk satu pemenang utama je! Jangan risau, ada hadiah kedua iaitu RM50,000 untuk 2 pemenang, hadiah ketiga RM10,000 untuk 3 pemenang dan hadiah saguhati RM200 untuk 4000 pendeposit bertuah yang lain!

Untuk Cabutan WOW! Sukuan pula, ia berlangsung dari 1 Januari – 31 Mac 2018, 1 April – 30 Jun 2018, 1 Julai – 30 September 2018 dan 1 Oktober – 31 Disember 2018. Tapi, hadiah untuk Cabutan WOW! Sukuan lain sikit!

Ada 1 pakej pelancongan keluarga ke Tokyo Disneyland atau mengerjakan Umrah bernilai RM23,000 berserta wang tunai RM3,000 boleh dijadikan rebutan setiap 4 bulan! Boleh pergi Jepun free, siap dapat duit belanja lagi!

Manakala, Cabutan WOW! Bulanan pula, ia berlangsung dari 1 Mac – 31 Disember 2018. Siapa bertuah, boleh menang pakej percutian keluarga dalam negara bernilai RM4,000 berserta wang tunai RM1,000.

Tak lupa juga, 30 pendeposit bertuah yang lain juga bakal menerima tiket percutian keluarga ke taman tema dalam negara bernilai RM1,500 berserta wang tunai RM500Bestnya!

Tunggu apa lagi? Kalau korang belum ada akaun SSPN-i Plus, boleh buka satu kat SINI atau rujuk kaunter PTPTN berdekatan. Kalau dah ada akaun SSPN-i Plus, tinggal tambah deposit je! Korang boleh gunakan beberapa saluran antaranya:-

  • Potongan gaji
  • Auto debit
  • SSPN-i Plus Online
  • Perbankan internet
  • Direct debit
  • JomPAY
  • FPX
  • Kad Debit/Kredit

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2018, klik SINI. Selamat menabung!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×