berita

Ini Ke Yang Dikatakan Rumah Impian? Fuhh, Trendy Betul! [Servis Apartment Yang Paling Hangat 2024]

March 1st, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Korang pernah tak terbayang nak ada rumah idaman yang lengkap dengan semua kelengkapan asas, gaya hidup yang seimbang dan mudah untuk dimiliki? Kalau dapat semua tu, alangkah indahnya kan!

Ha…orang cakap angan-angan jadi impian, impian tu akan jadi cita-cita tau. Siapa yang tengah fikir nak cari rumah yang macam korang idamkan tu, min suggest korang usha dulu rumah dekat Se.duduk D’ Kajang ni…

Terletak di Kajang, Se.duduk D’ Kajang ni memang mudah untuk dimiliki & kena dihati!

Untuk pengetahuan semua, projek duduk by EcoWorld diperkenalkan pada tahun 2020 dan projek ini telah berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan. 

Huni D’ Eco Ardence dan Se.Ruang D’ Eco Sanctuary merupakan projek yang menyumbang  kepada prestasi ini. EcoWorld terus memperluaskan lagi projek kediaman bertingkatnya yang terkenal sebagai duduk di lima perbandaran – Sa.Young D’ Eco Botanic, Santai D’ Eco Spring, Ceria D’ Eco Horizon, Riang D’ Eco Majestic, dan Hana D’ Eco Ardence.

Kesemua projek ini telah menerima sambutan yang sangat positif. Kini, duduk by EcoWorld berada di  Kajang – Se.duduk D’ Kajang

Se.duduk D’ Kajang merupakan projek high-rise  terbaru yang terletak di Kajang dan merupakan satu-satunya rumah yang mudah untuk korang miliki sebab min tahu korang pasti akan berkenan. Paling penting, Se.duduk D’ Kajang ada  pelbagai kelebihan yang korang tak boleh sia-siakan!

Emmm, agak-agak apa yang menarik pasal rumah ni?

Susun atur yang luas, 3 bilik tidur*, 2 bilik air* dan 2 car parks*

Berkeluasan 1000sq.ft*, korang dapat menikmati kediaman dengan 3 bilik tidur*, 2 bilik air* dan juga 2 car parks* tau. Siapa yang ada dua kereta tu senang lah, tak payah susah-susah nak cari parking dekat luar kawasan rumah dah. 

Se.duduk D’ Kajang juga didatangkan dengan separa berperabot*. Lengkap dengan kelengkapan seperti penghawa dingin, lampu, mesin pengering, kabinet dapur bawah dengan hob serta pemanas air.

Tidak terkecuali ianya juga dilengkapi dengan kunci digital di pintu masuk utama. 

Eh takkan tu je? Jangan risau, ada lagi! Dari segi aspek keselamatan dan teknologi terkini, Se.duduk D’ Kajang dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam dan berpengawal, akses tanpa kad, pengecasan EV, dan kemudahan lainbagi memastikan keamanan dan keselesaan semua penduduk di sini.

Fuhhh, mesti korang dah terbayang kan macam mana rupa rumah korang ni nanti? Hihi! Harga rumah ni bermula dari RM400K*! 

Dekat dengan highways, siap ada KTM dan MRT mudah nak ke mana-mana!

Macam min cakap tadi, korang mesti akan utamakan rumah yang ada kemudahan akses jalan raya jugak kan? Jadi, inilah pilihan yang tepat!

Korang juga dapat menikmati pelbagai kemudahan harian seperti pasaraya dan komersial shoplot. Di bawah projek Se.duduk D’ Kajang juga ada shoplot seperti kedai makan, barang runcit, dan lain-lain. Chef Kecik cafe juga akan dibuka kat sini juga tau!

Bukan tu je, bagi korang yang nak pergi kerja menggunakan kemudahan pengangkutan awam, ada KTM dan  MRT tau.  Tak ada masalah. Kiranya  ni memang sesuai lah untuk  semua peringkat  umur. Nak apa pun senang, nak makan lagilah senang. Semuanya ada!

Galeri Jualan & Unit Pameran Se.duduk D’ Kajang

Memandangkan kawasan Se.duduk D’ Kajang ni pun baru je nak dibangunkan, kalau korang berminat untuk memiliki sebuah servis apartment di sini korang boleh berkunjung ke Galeri Jualan dan Unit Pameran Se.duduk D’ Kajang yang sudah dibuka ini.

Bukan hanya melawat galeri atau unit pameran sahaja tau, korang juga dapat menikmati macam-macam aktiviti lagilah. Pada 2-3 Mac dan 9-10 Mac 2024, Se.duduk D’ Kajang juga akan mengadakan “Sawadeeka duduk Thai Food Fair!  

Sawadeeka duduk Thai Food Fair

Tarikh: 2 – 3 & 9 – 10 Mac 2024 (Sabtu & Ahad)

Masa: 4PM – 10PM

Lokasi: Se.duduk D’ Kajang

Ha…macam mana? Ngam tak ngam? Boleh lah register sekarang!

 Kalau korang nak tahu details lagi pasal rumah Se.duduk D’ Kajang ni, korang boleh layari laman sesawang mereka di SINI dan register! 

Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Kalau rasa dah ngam dengan taste korang tu, terus grab je. Masa ni lah korang dapat penuhi impian! 

*Tertakluk kepada terma & syarat.

SKIP THIS AD ×