berita

Ini Kebaikan Simpanan KWSP Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak. Korang Kena Baca Ni!

October 31st, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Setiap orang pasti ada niat untuk menabung dan buat simpanan untuk diri sendiri dan anak-anak. Bukan apa, wang seperti ini boleh digunakan untuk kecemasan dan sebagainya. 

Tapi, korang tau tak, korang boleh simpan duit untuk pendidikan korang dan anak-anak dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Ini akan menjadi satu kesenangan untuk korang dan anak-anak pada kemudian hari. Ha…ini manfaat yang korang perlu tahu…

1. Walaupun dah tak bekerja, tetap boleh bayar pinjaman pendidikan yang ada

Macam yang korang tahu, bila dah tak bekerja mesti korang akan terfikir macam mana lah kehidupan nanti. Lagi-lagi kalau yang ada buat pinjaman pendidikan tu. Mana nak cari duit untuk bayar kan?

Tapi korang tau tak, dalam tak sedar rupanya korang boleh langsaikan wang pinjaman tersebut dengan guna duit simpanan KWSP.

Jadi, selagi korang masih bekerja dan boleh menyimpan sekarang ni, simpanlah sebanyak mungkin duit korang dalam KWSP sebab nanti tak payah pening kepala fikir mana nak cekau duit untuk bayar semua pinjaman pendidikan tu dah.

2. Buat persediaan awal untuk anak-anak sambung belajar   

Buat korang yang dah berkahwin dan ada anak tu, pendidikan merupakan perkara penting yang korang perlu titikberatkan. Kalau boleh semua nak anak sambung belajar kan…

So, semasa anak korang tengah membesar nilah, korang kena buat persediaan awal supaya nanti korang tak pening dah nak fikir macam mana nak bayar yuran pengajian mereka sebab dengan wang KWSP yang korang ada, sedikit sebanyak akan membantu anak-anak di kemudian hari.

3. Semua kursus pengajian korang boleh bayar

Paling best, korang boleh bayar semua jenis kursus pengajian yang diiktiraf MQA dengan menggunakan duit KWSP ni tau. Tak kira la Diploma, Ijazah Sarjana, Ijazah Pascasiswazah, PHD atau sebagainya semua boleh…

Kalau dah tua nanti dan korang ada niat nak sambung belajar lagi, pun takde masalah! Dengan wang KWSP yang korang simpan dari sekarang tu, amat membantu dalam mencapai sebahagian daripada impian korang nanti.

4. Dalam atau luar negara pun boleh

Ramai yang beranggapan bahawa wang KWSP boleh dikeluarkan untuk pendidikan dalam Malaysia saja. Tapi tidak ye! Korang sambung belajar kat luar negara pun boleh tau! Tapi dengan syarat, kursus tersebut mesti lah face to face, tak boleh online tau.

Jadi, jom lah mula Simpan Baik-Baik di KWSP. Boleh guna dan manfaatkan pada masa akan datang! 

Korang tau tak yang KWSP ada buat kempen Simpan Baik-Baik dimana korang boleh mula menyimpan dalam akaun KWSP korang untuk mendapat manfaat yang baik untuk masa yang akan datang.

Kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan manfaat buat masyarakat supaya korang tahu tentang kepentingan menyimpan dengan mereka. 

Tak kira korang bekerja dalam syarikat swasta, pemandu e-hailing, pemandu peribadi, suri rumah atau mana-mana pun, korang masih boleh menyimpan di KWSP. 

Cara nak simpan pun mudah saja, terus melalui aplikasi KWSP i-Akaun

Kalau korang nak simpan baik-baik duit korang dengan cara yang mudah, boleh je masukkan ke dalam akaun melalui aplikasi KWSP i-Akaun sekurang-kurangnya RM10 sehingga maksimum RM100,000 setahun. 

Nak memudahkan korang menyemak akaun simpanan KWSP tu, boleh muat turun aplikasi KWSP i-Akaun di App Store, AppGallery dan Google play.

Simpan sikit-sikit lama-lama jadi lah bukit kan?

Nak dapat masa depan yang lebih baik nanti? Jom mula menyimpan sekarang! 

Korang kena ingat, KWSP merupakan solusi terbaik untuk korang simpan duit, jadi mulalah menyimpan mulai sekarang supaya korang akan dapat masa depan yang lebih baik nanti. 

Nak info lanjut tentang kempen ini, boleh layari laman sesawang mereka di SINI

SKIP THIS AD ×