berita

Ini Kelebihan Kerusi Urut Coway Yang Tak Ramai Tahu, Baru Lancar Kali Pertama Di Malaysia!

February 17th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa kat sini yang habiskan masa hampir seharian dengan urusan di luar? Kalau dah sibuk dengan urusan seharian, badan mesti mula terasa lenguh dan penat. Eh, bukan korang je, kami pun mengalaminya!

Balik kerja mesti terasa nak berbaring atas katil. Nak hilangkan penat la katakan. Tapi kadang-kadang, tu pun tak mencukupi. Kalau dapat duduk kat kerusi urut, lega habis beb. Urat badan tegang, badan pun terus rasa ringan.

Tahu tak? Coway dah lancarkan kerusi urut pertama mereka di Malaysia tau. Surprise betul! Ini dia guys..

Kerusi Urut Coway bakal jadi kerusi urut terbaik pada tahun 2023!

Seronoknya kalau seisi keluarga dapat guna kerusi urut bersama-sama di rumah. Kalau ada ibu dan ayah, tentu mereka happy dapat merasa kerusi urut. Haa.. Kalau korang tengah cari kerusi urut terbaik, kami rekomen korang untuk cuba Kerusi Urut Coway ni. Ia baru dilancarkan kali pertama di Malaysia!

Kejap..Coway bukan ada penulen air dan udara je ke?

Jangan tak tahu! Sebenarnya model kerusi urut pertama Coway telah berada di pasaran Korea sejak tahun 2004. Kerusi Urut Coway terbaru ni adalah hasil inovasi selama 19 tahun yang diubahsuai seiring dengan citarasa pengguna Malaysia.

Korang boleh tengok sendiri reka bentuk Kerusi Urut Coway ni. Nampak premium dan elegan. Paling best, korang boleh dapatkan kerusi urut premium ni dengan harga mampu milik tau. Memang syok la.

Haa.. Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Jom kita tengok kelebihan istimewa yang ada pada Kerusi Urut Coway ni guys!

Guna teknologi Quiet Massage, urutan lebih nyaman & tenang

Nak nikmati urutan tanpa ganggu ahli keluarga di rumah? Kerusi Urut Coway ni pilihan tepat untuk korang. Ia menggunakan teknologi Quiet Massage dengan menghasilkan bunyi sangat perlahan. Stres korang pun akan lebih berkurang!

Dilengkapi Roda Penggelek dan Beg Udara Tambahan

Buat korang yang kerja di office, seharian hadap laptop dan kurang bergerak, otot dan urat saraf badan boleh mengeras. Sebab tu korang perlukan Kerusi Urut Coway ni. Ia dilengkapi dengan 4 roda urut dan beg udara tambahan dengan trek sepanjang 130cm dari bahagian leher hinggalah ke peha, betis dan kaki. Puas dapat urutan seluruh badan!

Paling menarik, ia mempunyai 5 teknik urutan berbeza. Kombinasi Kneading, Knocking, Kneading and Tapping, Tapping dan Shiatsu yang dapat melegakan sakit, lenguh dan ketegangan badan. Pengaliran darah pun jadi lebih lancar!

Jimat ruang di rumah dengan Zero Wall Gap + Zero Gravity Mode

Nak ubah kerusi urut ke posisi berbaring tapi risau ruang tak mencukupi? No problem la dengan Kerusi Urut Coway. Ia tak perlukan ruang yang besar pun. Cukup sekadar 5cm sahaja jarak antara kerusi urut dan dinding untuk memasuki Zero Gravity Mode.

Coway tawarkan 7 langkah servis pembersihan yang terperinci

Macam mana nak bersihkan kerusi urut ni? Tak payang pening fikir. Kerusi Urut Coway didatangi dengan 7 langkah servis pembersihan eksklusif dari pihak Coway sendiri. Kebersihan lebih terjamin serta bebas dari pembiakan bakteria, kulat, atau virus.

Pihak Coway mengambil langkah pembersihan terperinci seperti pensterilan UV, penggilapan leather covers, serta penukaran foot covers setiap 2 tahun. Oleh itu, kualiti premium Kerusi Urut Coway korang kekal terjaga dan tak berubah. Yay!

Pelan pembayaran bulanan yang sangat mudah & berbaloi!

Tadi kami ada bagitahu yang korang boleh miliki Kerusi Urut Coway yang premium ni dengan harga mampu milik. Sebenarnya korang boleh buat pembayaran secara ansuran setiap bulan tau, hanya dengan RM 145 sebulan sepanjang 5 tahun. Mudah dan berbaloi pulak tu. Siapa tak nak kan?

Jadi, korang tunggu apa lagi? Nikmati rasa seperti diri anda yang baharu dengan Kerusi Urut Coway sekarang! Lepas ni, takde la sakit-sakit badan lagi. Nak pergi kerja esok hari pun lebih bersemangat.

Korang nak tahu lebih lanjut tentang Kerusi Urut Coway? Boleh klik SINI je guys.

SKIP THIS AD ×