berita

Ini Komen Guru Mengenai PdPR Menerusi DidikTV. Adakah Ia Membantu?

February 20th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Pendidikan

Inisiatif DidikTV KPM merupakan usaha positif  dalam sistem pendidikan negara. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Program pendidikan maya melangkaui bilik darjah menerusi DidikTV KPM ini juga telah disiarkan melalui saluran ntv7 dan mendapat komen dari guru-guru di Malaysia. Jom kita tengok adakah ia membantu atau tidak?

“Guru mengajar seperti dalam kelas & murid lebih fokus” – Noor Azzuhana

Cikgu Azzuhana, 35 tahun, yang mengajar di SMK Seksyen 18 Shah Alam melahirkan rasa syukur dengan adanya platform seperti DidikTV KPM. Beliau memberi pandangan bahawa saluran ini dapat memberi sedikit sebanyak ‘mood’ kepada murid.

“Murid dapat melihat guru secara live di televisyen, seolah-olah mereka nampak guru mereka di dalam kelas. Keadaan ini membolehkan murid fokus berbanding menggunakan aplikasi ‘MEET’ atau sebagainya” 

-Cikgu Azzuhana-

Difahamkan DidikTV KPM juga dapat mengurangkan sedikit bebanan guru kerana murid mempunyai sumber lain untuk mendapatkan info tambahan tentang topik yang dipelajari.

“Saya menyokong & menyambut baik program ini” – Cikgu Khairunnisa

Mengajar subjek Fizik tingkatan 4 dan 5 di SMK Raja Ali, Jalan Ipoh Kuala Lumpur, Cikgu Khairunnisa akui bahawa PdPR sebelum ini sangat mencabar bagi dirinya kerana beliau hanya mengajar melalui peranti.

Tapi, kini beliau berasa teruja dengan adanya DidikTV KPM kerana ia sangat membantu anak muridnya yang mempunyai masalah internet di rumah.

“Sebagai warga pendidik dan pernah menjadi salah seorang penyampai DidikTV Road To SPM 2020, saya sangat menyokong dan menyambut baik program DidikTV. Program ini memberi manfaat khususnya buat murid yang mempunyai masalah peranti terutamanya di luar bandar.

-Cikgu Khairunnisa-

Tambahnya lagi, program senaman dan motivasi yang diselitkan di DidikTV KPM adalah sangat menarik serta bermanfaat kepada semua murid terutamanya dalam menghadapi krisis pandemik sekarang

“Membantu mempelbagaikan bahan pengajaran”- Arzman

Berasal dari Perak dan kini menetap di Kuala Selangor, Cikgu Arzman merupakan guru mata pelajaran Matematik ini berkongsi pendapat nya tentang DidikTV KPM, dimana ia adalah satu usaha yang positif dari KPM bagi membantu para pelajar di Malaysia.

“Bagi saya, program ini memang sangat memberi impak yang sangat positif dan ia  membantu guru guru dalam mempelbagaikan bahan pengajaran mereka.

-Cikgu Arzman-

Selain itu, beliau berpendapat bahawa kandungan DidikTV KPM itu juga sangat bagus dan mudah difahami oleh pelajar.

“Amat bersesuaian & murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik”- Akmal Faiz & Iffah

Pasangan suami isteri ini merupakan guru pelajar sekolah rendah yang kini mengajar di salah sebuah sekolah di Johor, dan mereka juga berasa kagum bila melihat program seperti DidikTV KPM ini disiarkan dan bagaimana ia dapat memberi input kepada murid.

“Ia amat bersesuaian lah bagi saya lebih-lebih lagi apabila terdapat lagu-lagu waktu belajar. Murid-murid sekolah rendah amat tertarik jika adanya lagu-lagu sewaktu belajar.”

-Cikgu Akmal Faiz-

Teruja dengan adanya DidikTV KPM , Iffah sangat bersetuju dengan inisiatif ini. Katanya murid  dapat mengisi masa mereka dengan baik di rumah dan juga silibus kokurikulum juga menjadi selaras.

“Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik kerana majoriti rakyat malaysia mempunyai tv dan saya percaya masalah kepelbagaian murid dalam memahami isi pembelajaran lebih dapat diatasi.”

-Cikgu Iffah-

Ini adalah antara luahan dan komen guru di Malaysia tentang DidikTV KPM. Rata-rata mereka sangat sokong dan menghargai segala usaha yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu warga pendidik.

Jom sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi

Sementara ibu bapa dan anak anak di rumah tu menonton DidikTV KPM, korang boleh lah sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi yang dianjurkan oleh KPM ni.

Apa yang korang perlu buat hanya lah dengan berkongsi pengalaman kali pertama korang menonton DidikTV KPM dan hadiah peranti bakal menjadi milik korang.

Jangan lupa tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Korang jugak boleh saksikan episod terkini di Youtube Channel ntv7 MALAYSIA Official.

Semoga dengan inisiatif ini boleh melatih dan membimbing murid serta guru terlibat untuk menambah baik dari segi kepelbagaian bahan bagi murid mendapatkan ilmu.

SKIP THIS AD ×