berita

Ini Kriteria Yang Coffee Lover Cari Dalam Secawan Kopi Mereka. Bukan Nak Fancy Semata!

October 12th, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Kalau korang tanya kebanyakan penggemar kopi apa yang mereka suka atau cari dalam secawan kopi tu, mesti korang akan dapat jawapan yang bervariasi. Yelah, sebab citarasa setiap orang kan subjektif.

Ada yang hanya minum kopi berdasarkan biji kopi tertentu, ada yang suka rasa kopi yang strong, ada yang suka kopi dengan susu. Macam-macamlah!

Tapi, semua perkara yang kami listkan ni adalah kebanyakan jawapan penggemar kopi tentang apa yang mereka mahukan dalam secawan kopi. Coffee lover semua, setuju ke tak?

Kualiti tetap no.1!

Bila cakap pasal kopi, mesti orang akan cakap pasal kualitinya dulu. Mesti ramai yang fikir, ada beza ke rasa kopi yang berkualiti dengan kopi yang biasa-biasa ni? Haa..siapa penggemar kopi sejati mesti tahu bezakan.

Bila kopi tu datangnya dari biji kopi premium yang berkualiti, gerenti rasa dan aromanya memukau! Ini kerana, biji kopi yang bergred tinggi akan mempengaruhi rasa dan aroma kopi tersebut. Baru puas apabila menikmatinya!

Aroma sedap, rasa kopi memikat!

Siapa kat sini sebelum minum kopi akan hidu aroma kopi dulu? Nak-nak kopi yang baru dibancuh segar. Kalau korang nak tahu, deria rasa kita ni dipengaruhi oleh benda yang kita bau, macam tu jugaklah dengan aroma kopi.

Nak-nak kalau tengah stress tu, memang best dan lega kalau dapat relax dengan secawan kopi. Bila dapat bau aroma kopi tu..perghhh hilang kejap semua masalah. Mesti penggemar kopi faham perasaan ni kan?

Kopi dan dessert yang fancy !

Kebanyakan orang lebih prefer ke kafe yang mahal kerana terdapat pelbagai pilihan kopi dan desserts yang fancy dan lazat!  Yelah, siapa je yang tak suka rasa kopi yang rich, dibrew segar dari biji kopi berkualiti, desserts yang sedap, berseni, dan yang paling penting instagram-worthy! Betul tak?

McCafe, rupa & rasa setanding dengan kopi di kafe mahal!

Haa..siapa kata untuk kopi yang berkualiti, aroma yang memukau, dan desserts yang fancy hanya ada di kafe mahal je. Korang tahu tak, korang boleh nikmati semua ni di McCafé!

Ada banyak pilihan minuman di McCafé yang korang memang kena try seperti Cappuccino, Latte, Iced Latte, Ice Blended Mocha dan Ice Chocolate. 

Kalau korang nak tahu, kopi di McCafé adalah berkualiti tinggi kerana diperbuat dari 100% biji kopi Arabica. Semestinya bukan kopi segera dan setiap cawan kopi disediakan serta dibancuh oleh barista terlatih.

Walaupun rupa dan rasa kopi di McCafé ni memang setanding dengan kafe mahal kat luar sana tu, tapi percayalah, harga di McCafé sangat berpatutan! (Bayangkanlah, dengan hanya kurang dari RM6.00,  korang masih boleh dapatkan secawan kopi berkualiti di McCafé!)

Sedap, berkualiti tinggi dan harga berpatutan. Memang berbaloi! Lepas ni, jangan lupa mulakan hari korang dengan secawan kopi dari McCafé tau!

Mengopi sambil layan Mocha Kau Bahagia 2!

Haa..ada yang rindu gandingan mantap Syafiq Kyle dan Farah Nabilah dalam Mocha Kau Bahagia? Berita baik untuk korang sebab Mocha Kau Bahagia musim ke-2 akan kembali di TV3! Yeay, tak sabarnya!

Dengar cerita, Mocha Kau Bahagia 2 ni lebih menarik sebab diinspirasikan dari kisah benar. Eh ye ke? Kali ni lebih drama dan lebih mendebarkan. Kalau siapa yang ingat kisah Mocha Kau Bahagia dulu pasti nak tau kesudahan kisah cinta Firdaus dan Melur kan.

Betul ke ada orang ketiga antara mereka?  Siapa yang curang ni? Lepas tu pulak, ada watak baru tau! Siapa Erin di hati Azlan? Macam-macam konflik la!

Haa..kalau korang nak tahu apa kesudahannya, jangan miss menonton Mocha Kau Bahagia 2 yang akan menemui korang pada 15 Oktober ini. Setiap Isnin dan Selasa, jam 9.50 malam!

Cakap pasal Mocha ni, jangan lupa nikmati McCafé sambil layan Mocha Kau Bahagia 2 tau!