berita

‘Ini Lahir Kat Korea Ke?’ – Ramai Kagum Bila Gadis Ini Membebel Dalam Loghat Negeri Sembilan Campur Korea

May 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Bukan senang untuk mahir lebih dua bahasa dan selalunya kita dengar orang hanya mahir Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Jika ingin belajar lebih dari dua bahasa mesti memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk mempelajarinya.

Fasih bertutur bahasa korea dan loghat negeri

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsikan oleh Nuraezzatie di akaun TikToknya, gadis berkenaan telah menarik perhatian warganet kerana fasih dalam bahasa korea dan boleh bertutur dalam loghat negeri sembilan.

Di dalam video berkenaan, gadis itu sedang menceritakan situasi dia bersama kawannya yang sedang mencari parking di dalam mall sambil bertutur dengan menggunakan Bahasa Korea serta loghat Negeri Sembilan dalam masa yang sama.

Ghamai na kek mall tu, den pon tak tahu apo di buek eh ghamai kek mall. Tu ekau ni tak takut kobid (covid) ko?

‘Bongih lak dek eh’

@nuraezzatiePOV : When you were born in Korea but living your life time in Negeri Sembilan ? ##??? ##????? ##?????? ##fypp ##fypmalaysia??? ???? ??? – nuraezzatie

‘Cakap Korea comel je, masuk nismilan level lain’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan gadis berkenaan kerana fasih dalam Bahasa Korea serta loghat Negeri Sembilan dan ada juga di antara mereka terhibur dengan video berkenaan.

Sumber : nuraezzatie

SKIP THIS AD ×