berita

Ini Lokasi Tepat Untuk Honeymoon 5 Bintang. Kat Langkawi Je Tau!

August 23rd, 2019 | by Noraniza
Travelogue

Dah nak masuk hujung tahun ni memang musim orang mendirikan rumah tangga lah kan? Lepas majlis kenduri-kendara, sudah tentu merpati sejoli dah planning untuk honeymoon pulak.

Ha, kami ada lokasi terbaik yang di uruskan oleh The Indian Hotels Company Limited (IHCL).  Mana lagi kalau bukan satu-satunya hotel bertaraf 5 bintang di Langkawi iaitu Vivanta Rebak Island Langkawi By Taj!

Bilik yang eksklusif dan mewah

Admin sangat teruja bila masuk bilik di Vivanta by Taj ni sebab memang luas! Siap ada 2 cermin besar dalam toilet okay. Kira tak payah nak gaduh la bila nak bersiap pagi-pagi. Malah, tandas, bilik mandi dan bath tub juga diasingkan.

Menekankan motif eksotik Rebak, bilik-bilik di Vivanta by Taj ini memang menawarkan percutian yang penuh kedamaian dan unik! Terletak di dalam pulau berkeluasan 390 ekar, sudah tentu pengalaman menarik berada di pulau privasi ini dinantikan oleh setiap individu. Lebih-lebih lagi kalau yang nak honeymoon tu!

Oh, jangan risau! Setiap bilik pun ada complimentary internet ya kalau korang jenis memang nak kena online hari-hari. Kalau korang nak buat aktiviti pun ada di Vivanta by Taj ni. Korang boleh memancing, berkayak, berbasikal dan macam-macam lagilah! Psst, kalau nak ber’spa’ di open space pun ada tau. Hehe.

Sudah tentu ada view yang awesome

Antara faktor utama yang menyebabkan admin kagum dengan Vivanta by Taj ni adalah disebabkan viewnya! Perkataan ‘cantik’ tu bagaikan tak cukup untuk describe keseluruhan view yang ada di Vivanta by Taj ni. Bila korang dah jejakkan kaki di sini barulah korang boleh faham apa yang admin cakap ni. Macam hilang dalam perkataan tau!

Untuk pengetahuan korang, Vivanta by Taj ni adalah satu-satunya Marina yang mempunyai kelengkapan lengkap tau. Sebabtu banyak kapal-kapal park dekat sini.

Servis first class!

Seiring dengan taraf 5 bintang, admin memang salute dengan servis yang disediakan. Pekerja disana kesemuanya memang murah dengan senyuman dan sentiasa memberi salam hormat kepada para tetamu. Malahan, mereka tidak lokek untuk membantu tetamu pada bila-bila masa.

Selain itu, perkhidmatan yang lain seperti boat transfer juga sentiasa on time dan mementingkan keselesaan tetamu. Malah, shuttle percuma juga sentiasa ada! Tak perlu tunggu lama pun.

Menarikkan? Jom join contest dengan Vivanta by Taj!

Korang berpeluang memenangi percutian 3 hari 2 malam hanya dengan harga RM 1,150.00net**  tau. Nak tahu harga asal pakej 3 hari 2 malam di Vivanta by Taj ni? Ha, harga asalnya ialah RM 5,670.00 tau! Memang berbaloi kalau menang.

Follow je 2 langkah di bawah untuk menangi pakej percutian terbaik daripada Vivanta by Taj:

  1. Klik laman Facebook page Vivanta – Rebak Island, Langkawi
  2. Like posting dan berikan caption terbaik untuk foto tersebut.

Good luck semua!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×