

Enggan mengulas lanjut mengenai kes perceraian dengan suami, penyanyi, Zehra Zambri menyifatkan situasi sekarang sebagai saat kritikal dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: ‘Perceraian Akan Berlaku, Bagaimana Caranya..Saya Serahkan Kepada Mahkamah’ – Suami Zehra Zambri
Artikel Berkaitan: ‘Jika Benar Berpisah Fast Track Telah Dipersetujui, Untuk Apa Saya Susah Payah Cari Penaja & Mohon Cuti Teman Dia?’ – Suami Zehra Zambri
Harap urusan dimudahkan

Menurut Zehra, dia menyerahkan segala urusan kepada pihak mahkamah dan berharap segala urusan dipermudahkan.
“Ini masa yang kritikal, kita tak tahu apa yang berlaku di dalam (kamar mahkamah). Biar peguam saya yang jawab. Apa pun kita tunggu selepas prosiding.
Zehra berkongsi perkara itu ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada Khamis bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Zehra yang mengenakan jubah berwarna jingga hadir bersama peguam serta ditemani adik lelakinya.
Sebelum ini, Iqwan berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.
Menurut Iqwan, antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, pengabaian dan institusi perkahwinan tidak dapat diselamatkan.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.








