Siapa lagi yang setiap kali pergi bercuti mesti rasa macam tak nak balik? Mengaku jelah ramai yang macam tu kan? Yelah, suasana di luar bandar KL ini memang lebih tenang rasanya, aman je sentiasa.
Lepas itu, mulalah terfikir kan best kalau boleh ada rumah sendiri dengan feeling seperti di resort atau tempat percutian. Tapi sekarang impian korang tu dah boleh jadi kenyataan dengan koleksi terbaru Tropicana Journey Collection!
Pilihan tepat buat korang yang ada perancangan nak tambah rumah baru & invest dalam bidang hartanah!
Tropicana sebagai perintis projek perumahan bertemakan resort, tampil selangkah kedepan dengan memperkenalkan Tropicana Journey Collection (TJC).
TJC menawarkan pelbagai pilihan hartanah seiring dengan tema utama mereka ‘Journey’ yang mengangkat nilai penjelajahan. Dari “rumah di tepi laut” ke “rumah di tepi bukit” di Langkawi dan Genting Highlands.
Mengangkat konsep ‘simply sensational’ TJC adalah pilihan tepat untuk korang yang idamkan rumah percutian sendiri.
Bayangkan memiliki hartanah di kawasan percutian popular? Bila terasa pening kepala dengan hiruk-pikuk kota, boleh terus ke Langkawi atau Genting Highlands dan berehat di sana. Syoknya!
Projek pegangan bebas ini didatangkan dengan pilihan unit berkelengkapan penuh, kemudahan ala resort dan servis seperti di hotel sebenar. Sebab tulah, mereka juga menyediakan team pengurusan profesional bagi memudahkan setiap hal pengurusan di sini.
Memandangkan ianya terletak di kawasan peranginan tumpuan pelancong yang pesat membangun, maka lebih banyak kemudahan dijangka bakal dibina di kawasan sekitar sekaligus meningkatkan nilai hartanah korang nanti.
Dikukuhkan lagi dengan penanda aras kejayaan 4S (Strategic, Spectacular, Superior, Smart) TJC diyakini mampu menarik minat pembeli serta pelabur dengan ciri-ciri unik yang ditawarkan pada projek mereka.
Korang juga boleh ambil kesempatan ini untuk jadikan rumah percutian korang sebagai sebuah Airbnb untuk orang ramai sewa. Secara tak langsung wang sampingan tu bolehlah digunakan untuk tambah bayaran ansuran setiap bulan.
Tropicana Cenang, Langkawi
Terletak di lokasi strategik, Tropicana Cenang berkeluasan sehingga 5.28 ekar memuatkan kediaman, pusat pembelian dan hotel mewah bertaraf 5 bintang yang dijangka bakal menjadi mercu tanda terbaru di Langkawi tidak lama lagi.
Fasa pertama kediaman di Tropican Cenang, dinamakan Assana Serviced Suites. Ia direka khas menghadap laut Andaman. Jadi, bolehlah setiap masa korang nikmati pemandangan indah laut yang terbentang luas dari dalam rumah sendiri! Disempurnakan dengan servis terbaik ala resort, hari-hari terasa seperti bercuti guys!
Tak lengkaplah sesebuah percutian tu kalau tak dapat berenang di swimming pool kan? Haa dekat sini ada kolam renang infiniti yang memandang terus ke Laut Andaman! Korang boleh berenang sepuasnya dan tenangkan fikiran dengan persekitaran yang mendamaikan.
Pasal harga pula korang tak payah risau, sebab mereka menawarkan pelbagai jenis pilihan unit bersesuaian dengan keperluan korang pada harga yang sangat berpatutan!
Korang boleh pilih sama ada mahukan unit studio, 2 bilik, 3 bilik ataupun 4 bilik dengan saiz keluasan sekitar 380 kaki persegi sehingga 1310 kaki persegi pada harga bermula RM457,000 sahaja!
Tropicana Grandhill, Genting Highlands
Hanya 40 minit jarak pemanduan dari Kuala Lumpur ke Tropicana Grandhill, ia adalah lokasi sempurna untuk korang yang inginkan rumah percutian di kawasan entertainment city yang padat dengan lokasi tarikan pelancong.
Tropicana Grandhill merupakan pembangunan mix-integrated yang menggabungkan 6 elemen termasuk perumahan, komersial, pendidikan, kesihatan, taman dan mesra persaraan bersesuaian untuk pasangan yang mahu mulakan hidup baru di luar bandar.
Di TwinPines Serviced Suites terdapat sejumlah 1,443 unit pada blok A (795 unit) dan B (648 unit) yang dikelilingi kehijauan flora serta fauna. Projek kediaman pertama di kawasan Tropicana Grandhill ni mempunyai ukuran keluasan unit yang berbeza.
Bermula sekitar 379 kaki persegi untuk studio sehingga 1,330 kaki persegi untuk unit dengan 4 bilik tidur berperabot lengkap, mudah untuk korang pindah masuk terus!
Seperti yang kita semua tahu, Genting Highlands mempunyai cuaca yang agak dingin dan nyaman. Jadi, korang boleh lakukan sebarang aktiviti di luar rumah dengan bebas tanpa perlu risaukan terik mentari. Kolam renang dekat sini juga dilengkapi pemanas untuk keselesaan korang tau!
Antara kemudahan lain yang ditawarkan adalah housekeeping, servis penyambut tetamu, servis tempahan, lobi khas untuk tetamu dan juga vacant home care programme.
Buat korang yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Tropicana Journey collection, korang boleh klik di SINI .