berita

Ini Peluang Korang Untuk Miliki Rumah Idaman dengan 0% Bayaran Pendahuluan!

December 3rd, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kredit foto – Pinterest

Semua orang menyimpan impian untuk memiliki kediaman sendiri, terutama sekali ketika kita semua sudah semakin terbiasa dengan norma baharu untuk bekerja dari rumah.

Mulalah terbayang indahnya kalau dapat berpindah ke rumah sendiri dengan ruang privasi yang lebih terjamin kan?

Tapi bila terfikir hal belanja memang pening kepala rasanya. Yelah, belanja nak masuk ke rumah baru bukan sedikit. Duit pendahuluan je dah mencecah 10% daripada harga asal rumah, itu belum campur belanja lain-lain lagi.

Maybank Islamic HouzKEY sedia membantu!

Maybank Islamic  menawarkan pembiayaan perumahan yang dikenali sebagai Maybank Islamic HouzKEY. Matlamat utama pembiayaan perumahan ini untuk membantu lebih ramai orang memiliki hartanah sendiri. Lebih-lebih lagi pada waktu yang mencabar sekarang.

Biar kami kongsikan antara sebab kenapa Maybank Islamic HouzKEY adalah pilihan yang tepat untuk membantu korang!

1. Tidak perlu 10% bayaran pendahuluan

Dengan Maybank Islamic HouzKEY, korang tak perlu keluarkan sehingga 10% wang pendahuluan untuk pembelian rumah. Sebaliknya, korang hanya akan dicaj 3 bulan deposit keselamatan yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan 10% daripada harga asal rumah tersebut.

Berita baik! 3 bulan deposit keselamatan ini juga boleh dikembalikan semula tau!

2. Bayaran bulanan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak bank ketika proses pembinaan rumah

Korang tak perlu bayar apa apa semasa rumah dalam pembinaan. Semua kos ini akan disekalikan dengan jumlah pembiayaan HouzKEY. Bila rumah telah siap barulah mula pembayaran.

3. Bayaran bulanan yang rendah!

Nikmati bayaran bulanan yang rendah dan tidak membebankan! Jika dibandingkan dengan pembiayaan perumahan yang lain, Maybank Islamic HouzKEY menawarkan kadar bayaran bulanan yang sangat berpatutan, sekaligus menjamin aliran tunai yang lebih efisien.

4. Lebih banyak pilihan rumah idaman!

Mengambil kira cadangan pelanggan untuk memperbanyakkan lokasi rumah yang boleh dipilih Maybank Islamic HouzKEY kini  meluaskan pilihan rumah mampu milik yang ditawarkan, ia tidak saja terhad di Kuala Lumpur. Malah meliputi Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Klik di sini untuk senarai penuh hartanah yang ditawarkan.

5. 18 tahun dan ke atas layak memohon!

Para graduan korang juga berpeluang untuk mempunyai rumah sendiri di usia muda! Pelan pembiayaan Maybank Islamic HouzKEY boleh dipohon seawal usia 18 tahun sehinggalah 70 tahun. Menjadikannya juga bersesuaian buat keluarga yang mahu membeli kediaman kedua.

Kredit Foto – The Star                                           

Kalau korang memang dah ada perancangan nak beli rumah dalam waktu terdekat ini, jangan bertangguh lagi tau! Boleh terus layari laman web rasmi Maybank Islamic HouzKEY untuk maklumat lanjut. Sekarang memiliki rumah impian bukan lagi satu angan-angan! Pilih saja rumah mana yang korang berkenan, Maybank Islamic HouzKEY akan realisasikan impian korang!

SKIP THIS AD ×