berita

Ini Punca Berlakunya Banjir Kilat Di KL

November 12th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam tular beberapa foto di media sosial menyaksikan banjir kilat yang telah melanda bandar Kuala Lumpur. Hujan lebat selama dua jam itu menyebabkan beberapa kawasan dan laluan terjejas. Antara laluan yang terjejas termasuk Jalan Wirawati, Jalan Pudu Ulu, Jalan Pudu Perdana, Jalan Cheras dan Jalan Kepong.

Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad mengakui banyak projek pembangunan sedang berjalan sehingga menyebabkan sistem perparitan tersumbat akibat kerja pembinaan.

Banyak projek pembinaan

YB Khalid Abdul Samad mengakui terdapat banyak projek pembangunan sedang berjalan ketika ini dan agak sukar untuk sentiasa memantau semua projek berkenaan.

Banjir itu berlaku kerana perparitan tersumbat, dihalang antaranya disebabkan bahan pembinaan. Tapi saya rasa semalam hujan agak luar biasa. Saya tak dapat lagi laporan tapi berdasarkan maklumat saya terima, hujan dua jam lebih.

Sepatutnya perparitan kita masih boleh tampung kerana rekaannya adalah untuk 100 tahun, semuanya telah dinaik taraf.

Bagaimanapun, pihaknya akan mengawasi tapak projek dengan lebih teliti dan berusaha memikirkan solusi untuk menyelesaikan masalah ini. Dia nekad untuk mendenda kontraktor sekiranya terdapat saluran tersumbat akibat kerja-kerja pembinaan.

Tapi kita kena selidik dulu

Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin berkata ada segelintir pihak mendakwa pembinaan pembangunan menyebabkan perparitan tersumbat dan berlaku banjir kilat di bandaraya itu.

Tapi kita kena selidik dulu. Kita nak tengok apa isu sebenarnya, kalau ia melibatkan pemaju, pembinaan maka KPKT harus semak perundangan dan akta-akta yang perlu disemak. Ia untuk kuatkuasakan lagi undang-undang agar pihak terbabit tidak cuai dalam proses buat pembangunan, tidak cuai untuk pastikan program begini tidak berlaku.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×