
Kulit glowing bukan hanya untuk selebriti Korea je, tapi kita semua pun boleh dapat kalau tahu rutin yang betul.
Baru-baru ni, dalam acara Glow Like Idol Showcase di Sunway Pyramid, selebriti popular seperti Lee Jun Young, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim berkongsi rahsia kulit berseri mereka.
Rupa-rupanya, ada satu produk yang jadi pilihan utama mereka iaitu NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum!
Lee Jun Young: “Kulit sihat tu wajib, walau penat macam mana pun!”

Bintang K-drama terkenal, Lee Jun Young (Weak Hero Class 2 & When Life Gives You Tangerines) akui beliau memang tak pernah skip skincare, walaupun punya jadual yang sangat padat.
“Walaupun penat, saya tetap luangkan masa untuk jaga kulit. Saya suka produk yang ringan, cepat meresap dan buat kulit nampak segar,” katanya.
Patutlah kulit Lee Jun Young sentiasa flawless depan kamera! Rupanya produk kegemarannya adalah NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum sebab tekstur yang ringan, mudah meresap dan hasil glowing tu memang obvious!
Syafiq Kyle & Mimi Lana Ada Satu Rahsia Penjagaan Kulit Yang Sama
Untuk Syafiq Kyle, simple is better. “Rutin saya ringkas tapi konsisten, pagi dan malam saya guna Skin Glow Serum. Sebelum tidur, saya tambah Anti-Spot Serum untuk elak bintik hitam,” jelasnya.

Tapi Mimi Lana pula suka extra care dalam rutin penjagaan kulit. Beliau mula dengan Liquid Refiner untuk exfoliate secara lembut, diteruskan dengan Skin Glow Serum dan akhir sekali Anti-Spot Serum.
“Gabungan ni buat kulit saya lebih cerah, sekata dan nampak bersedia depan kamera,” katanya.
Bila dua serum ni digabungkan, kesan glowing tu jadi lagi extra! Kulit jadi 4X lebih berseri, licin dan sekata! 🌟
Zahirah MacWilson & Aiman Hakim: Love At First Try
Zahirah MacWilson dah lama jadi peminat setia produk NIVEA iaitu Anti-Spot Serum, tapi lepas cuba Skin Glow Serum terbaru ni, beliau terus jatuh cinta!
“Keserian kulit meningkat serta-merta. Sekarang saya gabungkan kedua-dua untuk hasil yang lebih wow!” katanya.
Aiman Hakim pun setuju, katanya bila kulit nampak sihat dan hydrated, keyakinan diri pun semakin meningkat.
Rahsia Kulit Berseri Bak Selebriti Kini Di Tangan Korang!
Haa.. Ni bukan sembang kosong tau, kajian klinikal buktikan NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum mampu memberi perubahan ketara dalam hanya 3 hari.

Dengan gabungan Thiamidol (60 kali lebih berkesan daripada Vitamin C), Niacinamide untuk pori lebih halus dan Aloe Vera untuk menghidratkan kulit.
Jadi memang tak hairanlah kenapa selebriti tempatan bahkan Korea pun pilih serum ni.
Korang boleh dapatkan rangkaian penuh NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow secara eksklusif di semua cawangan Watsons seluruh negara. Untuk info lanjut, ikuti laman Mynivea atau nivea.com.my.








