berita

Ini Respon Netizen Bila Ditanya Kenapa MYDIN Sentiasa Menjadi Pilihan Mereka Sejak 1957!

September 12th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Korang tau tak pasaraya MYDIN dah ada kat Malaysia sejak 62 tahun yang lalu. Yup! Sama usianya dengan kemerdekaan Tanah Melayu. Dan kalau korang perasan baru-baru ni MYDIN menyambut ulang tahunnya sekali dengan sambutan kemerdekaan. Memang meriahlah!

Apa yang kami perasan, jenama MYDIN ni memang dekat sangat dengan rakyat Malaysia. Tak percaya? Haa.. Ni jawapan yang kami terima bila kami tanya tentang MYDIN.

1. Dijamin halal, murah & banyak pilihan

Ni jawapan yang banyak kami terima. Ramai orang pilih MYDIN sebab barang-barang di MYDIN ni dijamin halal. So, pengguna rasa yakin je nak beli.

Selain tu, barang yang dijual di MYDIN lagi murah kalau nak banding dengan pasaraya yang lain. MYDIN juga ada banyak pilihan untuk sesuatu barang. So, tak pelik kalau ramai orang pilih MYDIN untuk berbelanja.

2. Dekat dengan pengguna

Bermula daripada pasar biasa sehingga berkembang menjadi 74 cawangan. Siapa sangka MYDIN kini mampu berdiri sama gah dengan pasaraya terkemuka daripada luar negara. Rasa bangga tau bila jenama tempatan mampu ada pasaraya sendiri, sebab tu la rakyat Malaysia setia memilih MYDIN sebagai pasaraya pilihan mereka.

Kalau korang nak tau, baru-baru ni MYDIN telah membuka cawangan ketiga mereka di Borneo, lebih spesifik di Sandakan, Sabah. Siapa kata MYDIN lupakan mereka di Sabah dan Sarawak? Kalau korang terus bagi sokongan kat MYDIN mana tau cawangan MYDIN seterusnya dekat sebelah rumah korang!

3. Selalu buat promosi

Siapa tak suka promosi? Kalau korang memang pengguna setia MYDIN, korang mesti tau macam mana MYDIN begitu menghargai pengguna mereka. Boleh kata setiap bulan ada promosi istimewa.

Kali ni sempena ulang tahun MYDIN dan sambutan kemerdekaan ke 62, banyak giler la MYDIN buat promosi. Tak percaya korang tengok sendiri!

Promosi sempena Hari Malaysia

Promosi lagi pon ada juga

 

Selain promosi ni, sebenarnya ada lagi peraduan daripada MAMEE dan MyDebit bersama MYDIN. Ada banyak hadiah best yang ditawarkan, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang peraduan ni, korang boleh klik je kat sini.

 

Bukan tu je, kalau korang LIKE Facebook MYDIN, korang boleh tengok promosi harian dan mingguan yang ditawarkan MYDIN.

4. Macam-macam ada!

Ni paling tak boleh tipu. Siapa yang selalu ke pasar raya MYDIN mesti tau, kat MYDIN ni macam-macam ada. Cakap je korang nak apa. Kelengkapan sekolah? Kelengkapan haji? Barang rumah? Barang dapur? Semua ada!

Kira MYDIN ni memang jadi one-stop center yang wajib untuk semua orang. Lagi-lagi yang dah berkeluarga, nak cari barang keperluan kat satu tempat je. Kan senang!

Teruskan menyokong MYDIN, mana tau lepas ni ada cawangan baru sebelah rumah korang!

Sebagai tanda terima kasih kepada MYDIN yang Utuh Bersama Malaysia selama 62 tahun, apa kata lepas ni korang berbelanja di pasaraya MYDIN yang berdekatan korang. Sokonglah sikit jenama tempatan!

Terima kasih MYDIN untuk 62 tahun bersama rakyat Malaysia. Jom ke MYDIN!

https://www.facebook.com/MydinMalaysia/videos/505515093542741/

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×