berita

Ini Sebab Kenapa Korang Wajib Lepak & Enjoy Aktiviti Di SuperPark. Cool Gila!

August 6th, 2019 | by Noraniza
Shout Out!

Ha! Korang nak idea untuk spend masa berkualiti dengan sahabat, keluarga ataupun office mate? SuperPark ialah lokasi paling tepat!

Apa yang ada di SuperPark ni? Ha, untuk pengetahuan korang, SuperPark adalah lokasi terbaik bila korang nak buat aktiviti ‘indoor’ yang fun! Macam-macam ada dekat sini tau! Senang cerita tempat ini memang syurga aktiviti bagi penggemar sukan atau aktiviti lasak.

SuperPark ni asalnya dari Finland. Ada lebih 25 aktiviti yang dimuatkan di dalamnya dan semuanya sangat rare contohnya Baseball, Pedal car, Ice Skating, Augmented Climbing Wall, Robo Keeper dan banyak lagi. Sangat menarik dan puas hati!

Ouh, yang lebih best, aktiviti kat sini sesuai dengan semua peringkat umur dan boleh juga ditempah untuk acara-acara istimewa! Contohnya, seperti aktiviti team building!

Cipta Bonding Dengan Rakan Sekerja Menerusi SuperTeam!

Aktiviti yang disediakan dalam program SuperTeam ni memang bagus untuk team building sebab ia menggalakkan faktor membina kesihatan sosial dan mental, menggalakkan peserta untuk menjadi diri sendiri, berfikir di luar kotak dan untuk meredakan tekanan.

Pakej aktiviti SuperTeam yang berlangsung selama 3 jam ini disertakan dengan team builders, direka dengan program bersuaian untuk konsep team building dan kawasan eksklusif yang dikhaskan semasa aktiviti berlangsung!

Malah, korang akan dapat unlimited akses untuk SuperPark selepas aktiviti SuperTeam tamat. Khidmat catering juga boleh disediakan berdasarkan permintaan. Program SuperTeam ni minimum untuk 10 orang peserta ya!

Kenapa admin rasa berbaloi untuk korang buat team building dekat sini? Sebabnya lokasi dekat KL je. So, tak perlulah nak travel or stay sampai 2 hari 1 malam untuk team building kan. Efisen ok!

Lagi satu, bila buat aktiviti indoor macam di SuperPark ni, aktiviti korang takkan terganggu dengan sebarang perubahan cuaca. Lepastu, takdelah nyamuk ke lalat ke berbanding kalau buat aktiviti outdoor kan?

SuperPark Ada Promo Best Sempena Musim Cuti Sekolah Ni Tau!

Ha, nak tau benda yang lagi best? Korang boleh dapat baucar separuh harga untuk kunjungan seterusnya bila datang SuperPark time cuti sekolah ni tau.

Promosi ini adalah untuk 1 Ogos sehingga 19 Ogos yang mana setiap pembelian tiket akan diberikan baucar diskaun sebanyak 50% yang boleh digunakan semasa next visit!

Korang boleh tebus baucar promosi ini bermula daripada 1 Oktober sehingga 17 November. Nah, untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang SuperPark Malaysia! Enjoy!!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×