berita

‘Ini Sebab Kenapa Saya Berhenti Jadi Doktor…’

September 25th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dengar sahaja doktor, pasti ramai yang membayangkan pekerjaan professional dan gaji yang lumayan. Namun hakikat sebenarnya kerjaya ini bukan sahaja mencabar mental dan fizikal malah menuntut mereka memberikan sepenuh perhatian kepada pesakit.

Wanita ini di Facebook luah cabaran yang perlu ditempuhi menyebabkan dia berhenti kerja. Struggle betul!

Sebab kenapa saya berhenti jadi doktor

Tempat pertama gadis ini ditempatkan adalah di jabatan perubatan, jabatan yang menerima paling banyak pesakit setiap hari. Pada awalnya, terdapat sedikit kesukaran untuk belajar sistem baru dan bekerja dengan pantas. Tetapi nasib baiklah ada senior yang sudi membantu. Pada waktu itu, dia hanya tidur selama 2 jam sehari.

Pilih bulu & persekitaran yang toksik

Kemudian, dia ditempatkan pula di jabatan ortopedik di mana beban kerja kurang sedikit dibandingkan dengan jabatan perubatan. Tetapi malangnya di sini persekitaran sangat toksik sehingga penghinaan seakan sudah menjadi perkara biasa.

Selain turut ‘pilih bulu’, dia pernah ditanya bahagian badan mana yang paling disukai. Dan dengan selamba seorang senior memberitahu bahagian belakang badannya dilihat menarik.

Jiwa dah hancur berkecai

Kerjaya doktor juga membuatkan dia hilang masa bersama keluarga, hilang hormat kepada pesakit malah hilang integriti diri. Dia mahu memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa budaya ini boleh dibaik pulih.

Kena maki hari-hari itu biasa

Hari pertama di jabatan O&G, dia dengar salah seorang daripada MO memaki hamun dengan perkataan kesat. Dia juga diambil kesempatan terpaksa bekerja keras seorang diri. Rakan sekerja yang lain tiba-tiba ghaib, ada yang sengaja buat kerja dengan perlahan, yang solat tak balik-balik pun ada!

Ada rakan yang tertekan, terfikir nak bunuh diri

Ada rakan meluahkan rasa tertekan di Facebook dan menunjukkan simptom-simpton kemurungan. Sebahagian daripada mereka mengaku pernah terfikir untuk bunuh diri atas pelbagai faktor. Mereka juga bimbang jika ‘mengadu’, mereka akan dilabel lemah, manja, tidak cekap dan sebagainya.

Akhir sekali, gadis ini berharap sesiapa yang membaca luahan ini akan terus memberi sokongan padu kepadanya. Apa yang boleh dikatakan, dia sangat tertekan dan trauma dengan apa yang terjadi.

Sumber : Miya Wong

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×