berita

Ini Sebab Orang Sekarang Mula Cari Vacuum Robot, Balik Kerja Je Rumah Dah Bersih!

October 29th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Tak kira la berapa kali korang bersihkan rumah sekalipun, mesti tetap berdebu jugak. Kalau nak bersihkan setiap masa, memang jenuh jadinya. Lagi-lagi kalau mak dah bersihkan rumah, lepas tu anak buat sepah semula. Boleh jadi T-rex kot!

Lagi seronok kalau ada yang boleh tolong bersihkan rumah kan? Tak payah suruh pun, dia boleh bersihkan sendiri. Tapi memang ada! Mak korang pun mesti terpikat la. Cuba teka, siapa dia?

Roomba® 692 boleh tolong korang bersihkan rumah pada bila-bila masa!

Meh kami kenalkan dia pada korang. Ini la Roomba® 692, antara vacuum robot terbaik keluaran iRobot™. Jenama ni dah berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri robot tau. Dah banyak robot yang mereka cipta untuk kemudahan orang ramai. Salah satunya vacuum robot ni la!

Ala, zaman pun dah makin moden kan? Tak hairan la kalau ramai yang dah mula cari vacuum robot ni untuk letak di rumah. Tak perlu susah payah menyapu setiap hari. Roomba® 692 boleh tolong korang bersihkan rumah tak kira masa!

Dah nama pun vacuum robot, mesti la gerak secara automatik. Biar Roomba® 692, vacuum robot berprestasi tinggi ni tolong bersihkan rumah. Korang nak keluar rumah pun tak payah risau apa-apa. Balik-balik je, rumah dah bersih. Puas gila ah!

Kami cuba perhatikan Roomba® 692, tak sangka pulak yang vacuum robot ni..

Mampu menyedut segala jenis serpihan, dari satu kawasan ke kawasan lain!

Nak vacuum robot yang boleh sedut pelbagai jenis kotoran? Roomba® 692 dengan sistem pembersihan 3 peringkat (3-Stage Cleaning System) ni pilihan tepat. Vacuum robot ni boleh bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Segala jenis serpihan seperti habuk, bulu haiwan, rambut, makanan ringan dan lain-lain mampu disedutnya. Power oi!

Bersihkan lantai yang keras sehingga ke karpet, bawah sofa dan katil pun dia boleh masuk!

Roomba® 692 ni boleh guna atas karpet ke? Sangat boleh! Vacuum robot dengan berus permukaan dual multi (Dual Multi-Surface Brushes) ni mampu membersihkan lantai yang keras sehingga la ke karpet. Jadi, korang tak perlu risau dengan karpet yang ada kat rumah korang tu.

Paling best, Roomba® 692 boleh masuk kawasan yang susah dicapai seperti bawah sofa dan katil. Maklum la kawasan tu memang susah nak dibersihkan. Tapi dah ada vacuum robot ni, confirm korang puas hati nanti.

Mengesan kawasan berhabuk dengan Teknologi Mengesan Kotoran (Dirt Detect™ Technology)

*kotak dialog bukan suara sebenar dari robot

Kami paling salute dengan kehebatan Roomba® 692 dalam mengesan habuk. Maklum la ada Teknologi Mengesan Kotoran. Vacuum robot ni dapat mengesan kotoran di kawasan yang kita selalu lalu-lalang seperti pintu masuk atau keluar, di tempat korang pakai dan tanggal kasut korang tu. Hebat eh!

Boleh bergerak sendiri ke Home Base™ Charging Station untuk mengecas!

Tambahan pulak, Roomba® 692 boleh bergerak sehingga 90 minit tau. Kalau baterinya dah lemah, korang tak payah angkat ke Home Base™ Charging Station. Vacuum robot ni boleh bergerak sendiri ke situ untuk mengecas. Canggih kan?

Mudah digunakan, pakai wifi dan aplikasi dengan smartphone je.

Korang mesti tertanya macam mana nak hidupkan Roomba® 692 ni kan? Zaman dah makin maju, pakai wifi je guys. Korang boleh hubungkan wifi rumah korang dengan vacuum robot ni supaya berfungsi. Senang betul!

Lagi mudah, korang boleh kawal Roomba® 692 ni dan tetapkan masa pembersihan dengan iRobot™ Home App. Korang boleh gunakan vacuum robot tu dengan bebas kalau ada aplikasi ni. Bayangkan korang tinggalkan rumah, balik-balik je rumah dah bersih. Kan seronok tu!

Lepas ni korang boleh keluar rumah untuk makan di luar, pergi kerja, balik kampung dan sebagainya tanpa risaukan rumah kotor dan berhabuk. Mintak tolong dengan Roomba® 692 je. Balik rumah je, tengok-tengok lantai rumah dah bersih. Senang hati!

Ish, memang berkenan teruk! Apa yang mampu dibuat oleh Roomba® 692 ni sangat berbaloi untuk korang memilikinya. Selain ditawarkan dengan harga mampu milik, vacuum robot ni sangat memudahkan kerja seharian.

Jadi, lepas ni boleh la korang rehat di rumah dengan gembira bersama anak-anak korang. Dah ada Roomba® 692 yang tolong bersihkan rumah. Mesti la selesa dan puas hati!

Selain Roomba® 692, iRobot™ ada banyak lagi produk lain yang menarik tau. Kalau nak tahu, klik sini je guys.

Jangan lupa follow media sosial mereka di Facebook iRobot™ Malaysia dan Instagram @irobot.malaysia untuk ketahui perkembangan terkini iRobot™.

SKIP THIS AD ×