berita

Ini Sebabnya HUAWEI Nova 4e Adalah Smartphone Yang Mesti Dimiliki Sekarang!

April 19th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Dengan perkembangan teknologi sekarang, memang tak hairanlah kalau penjualan smartphone terpaksa bersaing sengit di pasaran tempatan. Sebab tulah setiap pengeluar berlumba-lumba menghasilkan spesifikasi yang canggih untuk merebut hati pengguna.

Yelah, sekarang ni, bila nak beli smartphone, orang dah tak pandang harga sangat, yang penting spesifikasi dan features kenalah mantap serta up-to-date!

Haa..dengar cerita, HUAWEI nova 4e tengah hot dikatakan sebagai smartphone yang mesti dimiliki sekarang! Nak tahu kenapa?

HUAWEI Nova 4e, penuh dengan nilai estetik!

Kalau korang rasa HUAWEI nova 4e ni sama je macam smartphone yang lain, korang memang silap besar! HUAWEI nova 4e ni mempunyai fungsi yang lebih baik, dan sesuai untuk golongan elit serta profesional yang sangat mengikuti trend fesyen terkini.

Kemasan panel belakang premium!

HUAWEI nova 4e

Korang tengok jelah kemasan panel belakang HUAWEI nova 4e ni. Terdiri daripada 3 pilihan warna, iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue, memang nampak premium dan sangat tidak mengecewakan.

Favourite admin, pastinya warna Peacock Blue, sebab dengan teknologi coating terbaru, ia akan menghasilkan tona warna menarik antara ungu dan biru serta memiliki efek pantulan cahaya yang sangat menarik perhatian!

Berkeupayaan menyembunyikan display bar

HUAWEI nova 4e turut dilengkapi dengan paparan Dewdrop berukuran 6.15 inci yang menghasilkan nisbah skrin sehingga 90%. Ini bermakna, kalau korang tak suka ada display barHUAWEI nova 4e mempunyai fungsi untuk sembunyikan display bar tersebut.

Eh, menariknya lagi, di sebalik lubang earpiece HUAWEI nova 4e ni, ia turut dilengkapi dengan lampu notifikasi LED dan indikasi bateri pelbagai warna.

Sesuai untuk gaya hidup pengguna urban..

Muat turun video dan jadikan ringtones!

Siapa kat sini yang suka tukar-tukar ringtones telefon? Haa..korang tahu tak, sekarang ni, bukan sahaja lagu, tapi video pun boleh dijadikan ringtonesHUAWEI nova 4e ni juga menyokong fungsi video ringtones, di mana korang boleh muat turun mana-mana klip, contohnya dari Tik Tok, dan setkan sebagai ringtones. Cool!

Khas untuk gamers!

HUAWEI nova 4e menawarkan variasi 6GB RAM dan 128GB RAM berserta GPU Turbo 2.0 yang mempunyai keupayaan menyokong penggunaan sd card sehingga 512GB.

So, untuk korang yang kaki game,HUAWEI nova 4e ni memang untuk korang. Confirm lebih puas hati bila main games tu!

Paling win untuk kualiti gambar terbaik..

Kalau nak bandingkan antara HUAWEI nova 4e dengan smartphone lain yang sama harga, admin boleh rumuskan yang HUAWEI nova 4e ni mempunyai banyak sangat kelebihan!

Tiga kamera beresolusi tinggi!

Ia dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 24MP + 8MP Ultra Wide Angle dan sistem kamera belakang juga membolehkan korang menangkap gambar dari sudut pandangan yang lebih luas.

 

Yang lagi best, fungsi Integrated Handheld Night Mode juga membolehkan korang mengambil gambar dalam pelbagai sudut serta apa jua keadaan pengcahayaan. Nak ambil gambar malam-malam pun takde hal beb!

Haa..satu lagi kegunaan smartphone dengan resolusi kamera tinggi ni mestilah untuk selfie! Girls, jangan risau, dengan 32MP kamera selfie dan fungsi AI Beautification, selfie korang yang biasa-biasa tu akan bertukar macam selfie artis tau! Tak payah susah-susah nak edit.

Sama ada untuk golongan elit dan profesional, pengguna yang gemar mengikuti trend terkini, gamers ataupun gadis yang sukakan selfie, HUAWEI nova 4e ni memang pilihan tepat untuk korang!

Korang percaya tak dengan semua spesifikasi dan kelebihan HUAWEI nova 4e ni, korang boleh dapati dengan hanya RM1119 sahaja! Sangat berbaloi kan?

Apa tunggu lagi, jom jadi antara yang terawal merasai pengalaman menggunakan HUAWEI nova 4e dan dapatkan di Huawei Experience Stores, kedai dalam talian Huawei: https://shop.huawei.com/my/, zon paparan dan di pengedar yang sah.

Untuk maklumat lanjut, layari website rasmi HUAWEI:

https://consumer.huawei.com/my/phones/nova4/

https://consumer.huawei.com/my/phones/nova4e/

SKIP THIS AD ×