berita

Ini Sebabnya Kenapa Rumah Idaman Melur Menjadi Rumah Impian Untuk Semua!

November 8th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Tujuan Ilustrasi Sahaja

Impian setiap pasangan yang ingin memulakan hidup mereka mesti bermula dengan angan-angan membeli rumah pertama mereka. Yelah, tak sabar nak beli macam-macam perabot dan deko ikut citarasa korang. Barulah jadi rumah idaman!

Baru-baru ni, LBS Bina Group dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah mengadakan majlis bagi melancarkan projek Idaman Melur iaitu salah satu daripada enam projek Rumah Idaman MBI di Cybersouth, Dengkil.

Rumah Pangsapuri berkonsep moden ni memang sesuailah untuk pasangan muda ataupun keluarga kecil yang mencari rumah impian mereka. Nak tahu apa yang menarik tentang Rumah Idaman Melur ni? Jom kami kongsikan!

Rumah mampu milik tapi berkualiti tinggi!

Untuk pengetahuan korang, rumah Idaman Melur ini terdiri daripada dua blok pangsapuri sebanyak 23 tingkat yang dibina atas tanah berkeluasan 12.07 ekar.

Setiap unit dibina dengan 3 variasi reka bentuk dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti penghawa dingin, peti sejuk, almari pakaian, kabinet dapur, televisyen dan pemanas air. Fuh..semuanya serba lengkap, mesti korang puas hati!

Bukan itu sahaja, 1,448 unit pangsapuri di Rumah Idaman Melur juga dibina dengan keluasan binaan minimum 1,000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan ditawarkan dengan harga bermula daripada RM250,000!

Lokasi menarik dan juga strategik

Harga yang berpatutan bukan sahaja tarikan utama yang ditawarkan oleh rumah ini, malah kawasan Rumah Idaman Melur ini sangat lah strategik iaitu berdekatan dengan bandar utama seperti Cyberjaya dan Putrajaya.

Kemudahan awam seperti sekolah, masjid, pusat membeli belah dan juga universiti awam pun dibina dalam radius kawasan rumah.

Bukan itu saja, sistem pengangkutan awam seperti stesen MRT turut disediakan bagi memastikan korang tidak berjalan jauh untuk ke bandar-bandar utama.

Dahlah lokasinya strategik, ada banyak kemudahan pulak tu. Memang memudahkan penduduk!

Fasiliti-fasiliti lengkap untuk seisi keluarga

Rumah Idaman Melur ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang sesuai buat individu bujang, pasangan muda dan juga keluarga muda bagi meningkatkan mutu kehidupan korang semua.

Sebut je nak apa, fasiliti seperti taman permainan, gelanggang futsal, tadika dan dewan serbaguna semuanya tersedia dan sesuai untuk keluarga muda yang ingin luangkan aktiviti bersama keluarga.

Selain itu, gelanggang bola keranjang saiz separuh dan gelanggang takraw pun ada juga tau bagi korang yang ingin melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu ataupun waktu petang untuk sesi relax dan rehab.

Fasiliti yang dibina selari dengan tujuan meniti berat kebajikan rakyat yang duduki rumah Idaman Melur ini. Menurut Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari dalam ucapan perasmiannya, “Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan mengambil berat hal ehwal kebajikan rakyat,

Dengan menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa selari matlamat untuk memperbaiki mutu kehidupan rakyat.” kata beliau.

Apa tunggu lagi, dapatkan rumah idaman korang hari ini juga!

Jadi korang yang tengah mencari rumah tunggu apa lagi, lokasi yang strategik, harga berpatutan bagi setiap unit dan kualiti yang tinggi sudah pasti akan menarik hati korang semua.

Buat korang yang berminat dan nak tahu lebih lanjut tentang Rumah Idaman Melur ni, boleh dapatkan lebih info di sini!

SKIP THIS AD ×