berita

“Ini Sebuah Karya Yang Unik” – Jojo Goh, Pelakon Filem ’29 Februari’

August 29th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Selepas seminggu perayaan Aidilfitri berjalan, semalam berlangsungnya majlis pelancaran filem “29 Februari”. Majlis yang berlangsung di TGV, Sunway Pyramid ini turut menjemput ramai rakan selebriti dan yang paling penting ialah heroin “29 Februari” sendiri, Jojo Goh.

Pelakon yang berasal dari Alor Star, Kedah ini memegang watak Lily dan menjadi kekasih kepada Budi (Remy Ishak). Ketika ditemubual OHBULAN!, Jojo tidak kekok malah dia nampak gembira untuk berkongsi perasaannya kepada kami.

“Saya rasa gembira dan lengkap kerana selalunya saya berlakon di dalam filem berbahasa Cina. Ini adalah pertama kali saya berlakon filem berbahasa Melayu dan saya rasa sangat teruja,” ujar Jojo memulakan perbualan.

Jojo turut memperakui filem ini adalah filem yang sangat bagus dari segi jalan cerita dan juga kagum kerana ini adalah pertama kali filem seperti ini diarahkan.

“Ini sebuah filem yang bagus. Tidak pernah orang buat filem seperti ini. Ini sebuah karya yang unik,” tambah Jojo lagi.

Ditanya adakah masalah bahasa menjadi penghalang kepada kelancaran sesi penggambaran, Jojo memberitahu, “Ketika penggambaran berjalan, banyak ‘homework’ dan perbincangan dibuat. Kadang-kadang cara saya faham skrip itu adalah berlainan dengan cerita.

“Tapi saya rasa seronok, walaupun saya dari Alor Star tapi saya jarang berbahasa Melayu. Saya rasa bagus buat begini balik.”

SKIP THIS AD ×