berita

Ini Senarai K-Drama Dan C-Drama Terbaru Korang Boleh Layan Mac Ini Di iQIYI!

March 8th, 2021 | by Azyan
Shout Out!

Masa PKP ni masa yang paling sesuai untuk habiskan drama-drama yang korang sedang tonton dan discover drama baru! Hilanglah sikit bosan dan sambil-sambil tu boleh la korang pupuk minat baru kan?

Yang paling hangat diperkatakan ketika PKP ni tak lain tak bukan mestilah K-Drama dan juga C-Drama! Orang yang tak pernah-pernah tengok K-Drama pun boleh tertengok tau. Power betul penangan drama-drama ni!

Dalam artikel ni kami senaraikan drama-drama Korea dan drama Cina terbaru untuk korang tambah dalam must watch list korang!

Yang paling best, ada sarikata Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris yang korang boleh pilih dan episode untuk korang tonton kebanyakkannya percuma!

Dua K-Drama ni korang wajib tonton. Lagi-lagi yang kaki drama romantik tu!

Dibintangi oleh Kang Min Hyuk iaitu salah seorang ahli kumpulan CNBLUE, Jung In Sun dan ahli kumpulan EXID iaitu Hani!

Drama ni merupakan drama pertama Kang Min Hyuk berlakon lepas tamat perkhidmatan ketenteraan tau!

Cerita ini bermula apabila seorang pelukis kartun yang berusia 31 tahun bertemu semula dengan cinta pertamanya yang merupakan wakil syarikat penerbitan!

Ha, ada melibatkan cinta pertama ni mesti romantik ni! Cerita ini juga berkisahkan tentang kehidupan cinta mereka yang berusia 30-an.

Setiap minggu pada hari Selasa dan Sabtu, 1 episod akan ditayangkan menjadikan keseluruhan episode bagi drama ini adalah 15 episod!

Klik sini untuk tonton drama ni sekarang!

Drama bergenre romantis ini menampilkan pelakon kacak Ro Woon dan aktress cantik manis Won Jin Ah akan buat korang melekat tengok tau!

Kisah cinta yang bermula diantara “Sunbae” iaitu seorang senior di tempat kerja dan “Hoobae” seorang junior yang ada aura. Korang mesti dapat agak, mestilah Ro Woon berlakon sebagai Hoobae!

Belum tengok lagi admin dah jatuh hati dah ni! Tak sabar nak tengok drama dekat tempat kerja antara senior dan junior ni.

Drama ni akan bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 8 malam! Kalau korang pengguna VIP korang akan dapat akses awal untuk 2 episode! Woww!

Klik sini untuk mula tonton drama ni sekarang!

Dah tiba masa untuk korang explore C-Drama pulak! Yang terbaik je kami kasi!

Menampilkan Luo Zheng dan juga Ji Meihan,yang menjadi kekasih kontrak dalam drama ni!

Kisah ini bermula apabila Ji Meihan berpura-pura menjadi kembar beliau dan masuk ke Charlotte Academy. Di situlah beliau bertemu dengan Luo Zheng!

Jadi korang rasa dari pasangan kontrak tu akan terbit cinta betul ke?  Nak tahu korang kena tengok drama ni iQIYI dari Jumaat ke Ahad pada 12 tengah hari!

Korang boleh tonton semua episode ini secara PERCUMA!

Klik sini untuk tonton sekarang!

Mempunyai impian yang sama sebagai lagenda dalam industri robotik membuahkan bibik-bibik percintaan antara Hu Yitian dan Li Yitong!

Korang boleh tengok dalam drama ni, mereka saling memberi sokongan antara satu sama lain untuk sama-sama memenangi kejuaraan tersebut. Sweetnyaa!

Drama ni akan bersiaran dari Selasa hingga Jumaat pada 7.30 malam! Drama ni high-demand tau korang kena menjadi salah seorang yang tonton drama ni.

Klik sini untuk tonton sekarang!

Siapa yang suka drama time travel ke masa lampau boleh  masukkan drama ni dalam list!

Kisah bermula apabila Ning Yi yang dilakonkan oleh Kevin Guo kembali ke zaman Dynasti Wu sebagai menantu di dalam Keluarga Su. Untuk mendapatkan kebebasan, beliau perlu menjadi pembantu kepada isteri beliau Su Taners yang dilakonkan oleh Song Yi.

Akhirnya beliau menjadi lelaki terkaya di Jiangning dan menyelamatkan negara beliau!  Wahh, best ni! bukan macam drama biasa! Teruja pulak!

Korang boleh tonton drama ni di iQIYI setiap hari Ahad hingga Rabu pada pukul 8 malam. Ahli VIP akan dapat akses kepada 6 episod terus! Bestnya tak payah tunggu-tunggu dah.

Klik dekat sini untuk tonton sekarang!

Nak tengok cepat jadilah ahli VIP iQIYI! Tak ada iklan dan dapat akses awal untuk semua episode!

Rimas dengan Ads yang ada? Kalau korang jadi ahli VIP semua tu tak ada tau. Korang boleh tengok dengan aman.

Korang juga berpeluang untuk tengok drama-drama yang eksklusif dan paling best dapat extra kelebihan macam dapat akses ke episod-episod tu dulu!

Drama yang korang tonton juga dalam Full HD! Yang paling best dan rugi kalau korang tak try adalah, untuk bulan pertama hanya RM1.90 je tau!

Jadi korang nak tengok drama tanpa gangguan, jadilah ahli VIP iQIYI sekarang! Klik dekat sini untuk maklumat lanjut!

SKIP THIS AD ×