berita

Ini Senarai Penuh Barang Rampasan Siasatan 1MDB Cecah RM1.1 Bilion

June 27th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Setelah lebih sebulan siasatan yang telah dijalankan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh dan pihak polis terhadap kes 1Malaysian Development Berhad (1MDB). Akhirnya, Datuk Seri Amar Singh mengeluarkan kenyataan intipati pada sebuah sidang media sebentar tadi.

Enam premis telah diserbu pihak polis termasuk Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana, tiga buah kediaman mewah di Pavilion Residence, Bukit Bintang, termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta.

Berjumlah hingga RM1.1 bilion

Hasil rampasan itu telah menemui 75 beg yang telah dirampas berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. Ini termasuk wang tunai dari pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan dari pelbagai jenama.

Wujud lapan pasukan khas terdiri daripada pakar, pegawai dan anggota berjumlah 150 orang diperlukan bertujuan untuk mengesah ketulenan dan penilaian harga barangan rampasan.

Wang tunai

Jumlah wang tunai dirampas daripada 35 beg berjumlah RM116.7 juta daripada 26 mata wang. Siasatan ini mengambil masa tiga hari untuk dikira dengan bantuan 22 pegawai Bank Negara Malaysia dan kiraan jumlah wang tersebut menggunakan enam mesin pengiraan wang.

Barang kemas

Manakala barang kemas dalam 25 daripada 75 beg mengandungi 12 item iaitu cincin, berlian, gelang dan subang. Polis mengambil masa selama 16 hari dan pakar yang terlibat hanya mampu menyatakan harga kos dan batu permata sahaja. Keseluruhan kos pembuatan barang kemas itu berjumlah RM440 juta.

Barang kemas yang dirampas ialah rantai sebanyak 1400 utas, cincin (2200), gelang (2100), subang (2800 pasang), kerongsang (1600), dan tiara (14). Ini tidak termasuk seutas rantai emas berharga RM6.4 juta (kos pembuatan).

Harga pasaran barangan kemas itu adalah 50 hingga 100% daripada harga kos pembuatan iaitu sekitar RM660 juta hingga RM880 juta.

Beg tangan

Sebanyak 560 buah beg tangan yang telah dirampas dan nilai keseluruhan berharga RM51.3 juta. Terdapat 37 jenama antaranya Hermes, Channel dan Bijan yang merupakan beg tangan custom made serta paling mahal.

Jam tangan

Terdapat sebanyak 423 utas jam tangan telah dirampas dan lebih 100 jenama antaranya Rolex, Chopard, Richard Mille. Pihak berkuasa mengambil masa tiga hari untuk mengira nilai keseluruhan jam tangan hingga mencecah RM78 juta.

Cermin mata

Terdapat 234 cermin mata dalam tiga beg yang dirampas dan nilai keseluruhan ialah RM374,000 termasuk 34 jenama antaranya Versace dan Gucci.

Sumber: Sinar

SKIP THIS AD ×