berita

Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Perisai Pertama Buatan Malaysia -Tarantula HMAV 4×4!

April 3rd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kosmo!

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni Kementerian Pertahanan telah memperkenalkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (4×4) pertama yang dinamakan Tarantula HMAV4x4!

Menariknya, kenderaan pertahanan yang dibangunkan oleh Syarikat Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) ni adalah direka serta dibangunkan sendiri oleh 140 orang pakar syarikat tempatan. Hebat Anak Malaysia!

Tarantula HMAV4x4, perisai gagah kebanggaan Malaysia!

Tarantula kenderaan perisai pertama buatan Malaysia

Kredit: Berita Harian

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tarantula HMAV4x4 dilengkapi dengan perlindungan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 ni untuk melindungi kru di dalamnya.

Tarantula HMAV4x4 berkeupayaan lasak untuk bergerak pantas di atas pelbagai muka bentuk bumi dengan mencapai kelajuan sehingga 110km per sejam!

Lebih menarik, pintu belakang Tarantula dilengkapi dengan sistem hidraulik, menjadikan perisai ini unik dan versatil digunakan dalam misi ketenteraan dan bersiap sedia untuk diatur gerak dalam misi pengaman seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa ia diberi nama Tarantula kan?

Kredit: Kosmo!

Haa..kalau korang nak tahu, ia diberi nama Tarantula berdasarkan ciri-ciri labah-labah Tarantula yang bertaring, besar, berbulu dan berkeupayaan mengubah warna dan tingkah laku mengikut persekitaran. Ini melambangkan ia adalah sebuah perisai yang kukuh, gagah dan mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan kelak.

Bukan itu saja, Tarantula juga telah melalui proses ujian nilai selama sembilan hari merangkumi perjalanan sejauh 700 kilometer di atas jalan raya dan 300 km secara off-road termasuk beberapa ujian berhalangan lain.

Tarantula berkuasa 24 kuasa kuda/tan!

Proses rekaan dan pembangunan Tarantula pula mengambil masa selama 4 tahun dan menelan kos berjumlah RM16 juta untuk menghasilkan prototaip.

Berita baik buat yayasan Veteran, dijangka jana pendapatan baharu RM3 juta setahun!

Kredit: Utusan Malaysia

Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan bahawa Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Pasukhas Development Sdn. Bhd dijangka menjana pendapatan kasar berjumlah RM3 juta setahun melalui sewa pejabat dan dewan serbaguna dan beberapa manfaat lain menerusi pembinaan bangunan 51 tingkat berdekatan Jalan Tun Razak.

Menurutnya, pelaburan itu bertujuan untuk memenuhi keperluan operasi terutama penyaluran dana kebajikan kepada veteran ATM, selain mengurangkan kebergantungan terhadap sumber kewangan kerajaan.

Projek ini juga adalah mesra perniagaan dengan manfaat yang bakal diterima ialah 58,000 kaki persegi ruang pejabat untuk disewakan, 3,000 kaki persegi pejabat yayasan, 25 buah parkir kereta, dewan serbaguna serta wang tunai berjumlah RM2 juta, tambahnya lagi.

SKIP THIS AD ×