berita

Inilah Masa Untuk Hargai Jasa Guru Korang Dengan Mencalonkan Mereka Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s!

March 21st, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, tahun ini Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s kembali bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi kepada anak bangsa.

Bagi yang tak tahu, AGI McDonald’s ni memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada diri mereka dengan berkongsi kisah ‘Cikgu Luar Biasa’ mereka sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina.

Kalau korang nak tahu, mulai 10 Mac hingga 2 April 2022 ini, korang dah boleh hantarkan pencalonan ‘Cikgu Luar Biasa’ korang tau!

McDonald’s terus mengiktiraf golongan pendidik

AGI McDonald’s yang dianjurkan setiap tahun oleh restoran khidmat segera ini adalah sebahagian daripada komitmen bagi menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya. Melalui AGI McDonald’s, McDonald’s Malaysia terus mengiktiraf golongan pendidik yang sentiasa komited dan berdedikasi demi mendidik pemimpin masa hadapan negara.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, “Kami melihat banyak perubahan dalam sistem pendidikan sejak dua tahun lalu. Guru perlu melalui peralihan daripada pengajaran di dalam kelas kepada kelas secara dalam talian, termasuklah versi lain yang melibatkan pengajaran secara hibrid.

Oleh yang sedemikian, pengiktirafan terhadap jasa guru menjadi semakin penting dan AGI McDonald’s yang dianjurkan pada tahun 2022 ini berhasrat untuk terus meraikan guru atas usaha mereka memastikan pendidikan golongan pelajar di seluruh negara kekal terjamin,” katanya. 

Tambah Dato’ Azmir, “Guru-guru seperti ini memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi individu yang mengenali potensi diri dan aspirasi kehidupan mereka. Mereka sanggup berkorban demi memenuhi keperluan pelajar, pada masa sama membawa pengaruh positif sehingga mewujudkan kesan besar dan mengubah perspektif kehidupan para pelajar.”

Hadiah wang tunai & baucar menanti pemenang dan pencalon!

Korang ada guru favourite korang yang selama ini memberi inspirasi dan memainkan peranan besar dalam hidup korang? Haa..inilah masanya untuk korang tunjukkan penghargaan dengan mencalonkan guru kesayangan korang dalam AGI McDonald’s ni.

Mana tahu, mungkin rezeki guru korang untuk menang! Korang pun boleh dapat baucar dari McDonald’s!

Anugerah ini akan memilih 25 guru sebagai pemenang, dimana mereka akan menerima wang tunai RM5,000, manakala mereka yang mencalonkan guru yang menang akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan. Bestnya! 

Pelajar, guru dan orang awam boleh mencalonkan guru luar biasa dan berkongsi kisah mereka dengan McDonald’s melalui tiga langkah mudah:

Langkah 1: Log masuk ke http://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

Langkah 2: Hantar borang pencalonan dan kongsi cerita tentang guru korang yang telah memberi inspirasi kepada diri korang (dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin)

Langkah 3: Hantar gambar guru korang sebagai dokumen sokongan, jika ada.

Guru yang terpilih sebagai pemenang anugerah ini akan dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil McDonald’s, Kementerian Pendidikan dan media.

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang layak termasuklah kemampuannya meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran berinovasi dan di luar kotak, melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki untuk membantu pelajar dan memberi impak positif kepada diri pelajar.

Jadi, apa lagi korang tunggu? Jom hargai jasa dan pengorbanan guru-guru korang dengan mencalonkan mereka dalam AGI McDonald’s!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web McDonald’s. 

 

SKIP THIS AD ×