berita

‘Inilah Wajah Menghiasi Neraka Jahanam, Penghulu Iblis’ – Neelofa

October 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

benjamin netanyahu

Pengacara dan usahawan popular Noor Neelofa antara selebriti yang tidak terlepas meluahkan rasa marah dengan perbuatan zionis Israel yang bertindak kejam menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Nampak Susuk Tubuh & Betis’ – Neelofa Dedah PU Riz Akan ‘Filter’ Baju Sebelum Keluar

Artikel Berkaitan: ‘Trauma Lihat Video Viral Fasal Kanak-Kanak’ – Neelofa Dedah Penyebab Mahu Akses CCTV Di Sekolah Bilal

‘Penghulu iblis’

benjamin netanyahu

Neelofa menerusi hantaran di Instagram turut menyelar tindakan Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu yang disifatkan sebagai penjenayah perang.

Kongsi ini kepada semua penduduk dunia, ini lah dia Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah penjenanyah perang.

Dia telah menyebabkan pembunuhan beramai-ramai, membunuh keleuarga bayi, kanak-kanak, lelaki dan wanita di Gaza.

Dalam hantaran yang sama, ibu kepada dua cahaya mata itu memohon doa dari Allah untuk melaknat perbuatan dan menempatkan Benjamin Netanyahu di neraka jahanam.

Inilah wajah yang menghiasi neraka jahanam. Wajah laknatullah. Penghulu kepada segala iblis . Ya Allah lemparkanlah azab-Mu yang terkutuk pada syaitan bertopengkan manusia ini.

Kau berikanlah ganjaran pahala syurga tertinggi buat umat Islam Palestin ya Allah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×