berita

Inovatif & Serba Boleh, 7 Ciri Pada HUAWEI Mate40 Pro Akan Jadikan Korang Vlogger Hebat!

December 9th, 2020 | by Hanis Aliaa
Teknologi

HUAWEI Mate40 Pro dipenuhi dengan ciri-ciri yang mengagumkan dan berinovasi. Tak kisahlah dari segi fotografi, ciri-ciri untuk bekerja atau fungsi-fungsi tertentu yang korang jangkakan untuk kehidupan moden ini.

HUAWEI Mate40 Pro baru-baru ini dinobatkan sebagai telefon pintar serba boleh 2020. Tapi, bagaimana HUAWEI Mate40 Pro membolehkan korang melangkah lebih jauh dan menjadi pencipta kandungan utama? Mari kami kongsikan.

1. Edit video semudah A, B, C!

HUAWEI Mate40 Pro dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik. Salah satunya ialah End-to-End Movie Creation (Story Creator). Dengan End-to-End Movie Creation, pembuat filem dapat memiliki ketenangan ketika menyunting filem.

HUAWEI Mate40 Pro hadir dengan keperluan penyuntingan yang lengkap. Ada 5 templat cerita (travel, foodie, relaxed, upbeat dan lain-lain), dari menyenaraikan templat papan cerita, memberi sokongan dalam pelbagai senario penggambaran sehinggalah menyunting video, semuanya semudah A, B, C.

2. Rakam velfies tanpa tongkat selfie, yayy!

Ultra Vision Selfie Camera pada HUAWEI Mate40 Pro memberikan sudut kamera 100° pada kamera depan dan belakang.

Kini, korang boleh mengambil selfie dari perspektif yang berbeza dan merakam velfies yang menyeronokkan dengan pelbagai ciri video atau melakukan gerakan touch-free untuk memudahkan interaksi pintar. 

Ini bermakna, korang dah tak perlu bawa tongkat selfie ke mana korang pergi untuk merakam vlog. Mudahnya!

3. Ada ciri video 4K tau!

Sebagai pembuat filem baru, penting untuk  berikan yang terbaik untuk vlog baru korang sebab kamera depan HUAWEI Mate40 Pro kini menyokong ciri menarik seperti video 4K, rakaman pandangan ultra lebar, video pandangan dua depan dan belakang, dan slow-motion velfies. Pengalaman vlog korang mesti lagi awesome lah!

4. Kualiti suara yang terbaik

Dengan ciri Audio Focus pada HUAWEI Mate40 Pro, ia mengurangkan bunyi ambien di video kamera depan dan fokus kepada suara manusia. Apa yang dilakukannya adalah mengurangkan gangguan bunyi di bahagian belakang dan sisi sekeliling.

Dengan Audio Zoom, HUAWEI Mate40 Pro akan menyesuaikan dengan sudut pengambilan gambar. So, korang tak perlu bimbang kerana bunyi takkan terlalu kuat atau tenggelam dengan bunyi sekeliling.

5. Proses post-production mudah sebab..

HUAWEI Mate40 Pro juga dilengkapi Best Cinematic Recorder yang merangkumi XD Fusion HDR Video, Sport Anti-Shake Shooting Mode dan AI Tracking Mode. Korang tak perlu lagi risau untuk menghabiskan terlalu banyak masa untuk post-production untuk memastikan video korang sempurna. Kenapa?

Dengan AI Tracking Mode, korang tak perlu menyewa tenaga kerja tambahan untuk membuat rakaman vlog. Yang korang perlukan hanya HUAWEI Mate40 Pro, tripod dan voila! Pergerakan korang dikesan tanpa halangan.

Ini bermaksud video korang juga akan stabil kerana kamera belakang dilengkapi dengan keupayaan untuk menstabilkan video, mempunyai lampu latar yang baik dan akan memastikan setiap perkara tidak hilang fokus.

6. Cas bateri pun cepat!

Bila nak keluar dan merakam vlog, mesti korang perlu pastikan bateri yang mencukupi untuk bertahan sepanjang penggambaran. Cara yang terbaik semestinya dengan 66W HUAWEI Wired SuperCharge!

Dengan 66W HUAWEI Wired SuperCharge, coffee break yang singkat pun sempat untuk mengecas telefon korang. Sekarang, korang boleh merekod vlog selama yang korang mahu tanpa perlu risau akan berlaku kerosakan bateri. Bestnya!

7. Nak edit 3 video sekaligus? Boleh..

Ciri Multi-Screen Collaboration menawarkan cara baru bagi pengguna memindahkan fail dengan lancar dan membuka 3 aplikasi di desktop secara serentak di HUAWEI MateBook.

So, korang boleh edit hingga 3 video sekaligus! Dan jika komputer riba korang kehabisan bateri, korang boleh menggunakan Smart Multi-Window pada HUAWEI Mate40 Pro korang!

Percuma 50GB storan & banyak lagi dengan HUAWEI!

HUAWEI Mobile Services (HMS) telah meningkat pesat sejak tahun lalu. Ia membantu meningkatkan kehidupan pengguna dengan aplikasi pintar. Apa saja yang Google ada, HUAWEI pun ada. Dalam beberapa kes, HUAWEI mampu melakukan lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran yang lebih hebat kepada pengguna.

HUAWEI juga melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih baru, HUAWEI Pay. Pengguna kini boleh melakukan transaksi yang selamat dan terjamin dengan satu tap pada telefon pintar HUAWEI. Korang hanya perlu hubungkan dengan kad kredit ICBC UnionPay. Kad debit dari bank utama, kad prabayar dan e-wallet pula akan tersedia di HUAWEI Pay tak lama lagi.

Selain HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay, terdapat juga aplikasi baru seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs! Bagi pengguna HUAWEI Mate40 Pro, korang berpeluang untuk mendapat penstoran percuma sebanyak 50GB  HUAWEI Mobile Cloud Storage selama 12 bulan, 3 bulan akses VIP HUAWEI Video, baucar RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi.

HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh 2020 berharga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI Sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1000 unit saja, siapa cepat dia dapat) boleh didapati secara rasmi pada 12.12 di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores (HES) dan kedai telekomunikasi terpilih!

Ada lagi yang menarik guys!

Selain HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI juga mempunyai rangkaian produk luar biasa antaranya HUAWEI Y7a , HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 and HUAWEI MatePad T10s. Korang boleh usha sendiri di HUAWEI Store untuk info lanjut mengenai produk ini.

HUAWEI juga sedang mengadakan kempen Better Together tahunannya. Mulai sekarang hingga 3 Januari 2021, pelanggan HUAWEI bertuah berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000, di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang Proton X50 yang baru!

Dan korang tahu tak, HUAWEI Y7a ialah satu-satunya telefon pintar di Malaysia yang menyokong 22.5W SuperCharge dan berharga RM799 saja? Murahnya! Jom tengok 7 sebab kenapa HUAWEI Y7a ialah telefon pintar paling berbaloi.

Haa, semuanya nampak best kan? Jom dapatkan HUAWEI Mate40 Pro dan rangkaian produk HUAWEI lain yang di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores (HES) dan kedai telekomunikasi terpilih!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×