berita

Insiden Gaduh : Dira Abu Zahar Direhatkan Pihak Pengurusan

May 4th, 2012 | by M
Kini Trending

Bukan sahaja direhatkan daripada program Melodi, Dira Abu Zahar juga tidak dibenarkan oleh pihak penerbit, Grand Brilliance untuk terlibat dalam rangka promosi filem Chow Kit yang mula ditayangkan pada 3 Mei 2012. Demikian laporan Mstar melalui artikel berjudul ‘Dira Abu Zahar Terima Keputusan Direhatkan‘ sebentar tadi.

Mengimbas kembali, nama Dira Abu Zahar mula menjadi sebutan ramai apabila beliau disyaki terlibat dengan sebuah insiden pengaduhan di kelab malam, sekitar awal April lepas. Dira dikatakan menyebabkan kecederaan parah kepada wanita tersebut ekoran sedikit salah faham. Sebuah laporan polis telah pun dibuat, bagaimanapun Dira menafikan penglibatan beliau dalam insiden tersebut.

Kata Dira, beliau tetap menghormati keputusan pihak pengurusan TV3 untuk merehatkannya daripada segala program yang melibatkan syarikat penyiaran gergasi itu.

“Saya tidak terkilan atau kecewa dengan keputusan itu. Saya tidak mahu berfikiran negatif dan mempersoalkan alasan di sebalik keputusan tersebut. Cuma saya melihat keputusan mereka (penerbit) tidak mengadakan pra tonton itu tidak adil buat para pelakon lain kerana mereka berhak untuk menghebahkan mengenai filem ini.”

Selain itu, Dira memaklumkan bahawa kontrak program kendaliannya, Melodi baru sahaja diperbaharui. Bagaimanapun, beliau tetap menerima keputusan TV3 sekiranya kariernya bersama program itu ditamatkan.

Info : Filem Chow Kit arahan Dhojee dan Brando Lee ini merupakan filem pertama Dira sebagai watak utama. Baca laporan selanjut mengenai Chow Kit di Jalan Gelap Chow Kit Difilemkan.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×