berita

Insomniacks Menemani Peminat Dengan ‘Teman’

March 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Insomniacks

Nama kumpulan Insomniacks sudah tidak asing lagi dalam dunia muzik Malaysia. Sejak memasuki industri, lagu-lagu mereka kerap menjadi siulan anak-anak muda dan kini band yang dianggotai tiga jejaka tampan kembali dengan karya baharu berjudul ‘Teman’.

Artikel Berkaitan: Showcase Jiwa Kacau 2024 ‘Level Up’ Kembali Dengan 4 Band Terkenal Negara Bersama Nidji & Luqman Podolski

Artikel Berkaitan: Sufi Rashid Anjur Konsert Galau, Bawa 10 Artis Terkenal Dari Tiga Negara

‘Teman’ peneman peminat

Insomniacks

Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie dan digubah serta dibantu oleh penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks iaitu Bajai.

Menurut Iqie, idea menghasilkan ‘Teman’ selepas mendapat tahu peminat sering menjadikan muzik Insomniacks sebagai peneman hidup mereka.

Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk
menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam. Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar.

Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur juga. Selain itu, proses rakamannya juga menyenangkan. Ia merupakan satu penghormatan buat diri saya kerana dapat bekerja dengan dua orang ayah saudara saya yang juga pemuzik berbakat dengan banyak pengalaman dalam industri muzik.

‘Teman’ ditampilkan dengan visual dan jalan cerita yang menarik dari segi cinematography dan visual grafik yang menarik untuk pendengar menghayati bait-bait lagu ini melalui visual pesanan yang mementingkan persahabatan dan sentiasa berada disisi saat diperlukan.

Sementara itu, menurut seorang lagi ahli Insomniacks iaitu Iskandar, dia menyampaikan ucapan terima kasih kepada pasukan Unfold Production yang banyak membantu sepanjang proses rakaman muzik video.

Berkenaan proses rakaman video, Pengarah, Dick Wai dan pasukannya dari Unfold Production banyak membantu kami dari segi lakonan dan permintaan kami untuk mewujudkan jalan cerita yang kukuh dan baik.

Dalam pada itu, ahli ketiga Insomniacks iaitu Danial, dia berharap lagu ‘Teman’ mendapat tempat di hati peminat seperti mana karya mereka yang terdahulu.

Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di balik lagu yang penuh bermakna buat kami ini. Semoga lagu ini menjadi ikutan dan siulan di konsert-konsert dalam kalangan peminat kami. Saya juga harap mereka dapat merasai nilai persahabatan yang cuba kami paparkan di dalam video ini.

Single ‘Teman’ kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dah Youtube Music. Muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Insomniacks.

SKIP THIS AD ×